Topik diikuti
Pergi ke BHkuSejumlah 940,000 isi rumah warga S'pura bakal terima Baucar GST - U-Save
Sejumlah 940,000 isi rumah warga S'pura bakal terima Baucar GST - U-Save
Sejumlah 940,000 isi rumah warga S'pura bakal terima Baucar GST - U-Save
KIRA-KIRA 940,000 isi rumah warga Singapura akan menerima tambahan seganda Baucar GST - U-Save bagi Tahun Kewangan 2020 (FY2020), menerusi pemberian sekali sahaja Baucar GST - Pembayaran Khas U-Save.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataannya berkata, isi rumah yang mempunyai lima anggota atau lebih layak menerima rebat tambahan Baucar GST - U-Save, sekaligus menikmati tambahan 2.5 kali bagi Baucar GST - U-Save bagi FY2020.
"Secara keseluruhannya, ia bernilai $630 juta faedah yang layak dinikmati isi rumah bagi FY2020. Skim ini membantu isi rumah melunaskan sebahagian bil air & elektrik dan mengurangkan perbelanjaan isi rumah mereka," kata MOF dalam kenyataannya itu.
Secara amnya, di bawah ketetapan skim Baucar GST - U-Save ini, isi rumah yang tinggal di flat 1- dan 2-bilik HDB akan menerima rebat U-Save tahunan yang menyamai secara purata, kira-kira tiga hingga empat bulan bil air dan elektrik mereka.
Dengan pemberian pertambahan Baucar GST - U-Save ini, bagi FY2020 setiap isi rumah akan menikmati faedah rebat U-Save yang menyamai sekurang-kurangnya enam hingga lapan bulan bil air dan elektrik secara purata.
Bagi isi rumah yang tinggal di flat 3- dan 4-bilik pula, yang selalunya menerima sokongan yang menyamai bil air dan elektrik untuk sekurang-kurangnya satu hingga dua bulan, kini akan menikmati faedah antara dua hingga empat bulan.
Skim Baucar GST mula diperkenalkan pemerintah semasa pembentangan Belanjawan 2012 untuk membantu golongan bawahan dan pertengahan di sini menampung sebahagian pembayaran GST mereka.
Baucar GST merangkumi tiga komponen - Tunai, MediSave dan U-Save.
