MULAI semalam, warga yang divaksin sepenuhnya daripada isi rumah yang sama boleh menjamu selera di luar dalam kumpulan hingga lima orang - naik daripada had dua orang sebelum ini.

Meskipun terdapat lebih banyak pemeriksaan yang perlu dilakukan sebelum pelanggan dibenarkan duduk makan, beberapa perniagaan makanan dan minuman (F&B) yang ditemui Berita Harian berkata mereka sudah pun bersedia melakukan apa yang diperlukan.

Mengalu-alukan kelonggaran yang membenarkan hingga lima anggota dari isi rumah yang sama dibenarkan makan semeja, perniagaan tersebut juga menghela nafas lega.

Beberapa restoran yang dihubungi berkata mereka menjangkakan perniagaan semakin baik semasa tempoh ini sedang lebih ramai keluarga akan memilih untuk makan di luar.

Pihak berkuasa berkata semalam tindakan penguatkuasaan yang tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang berpura-pura daripada isi rumah yang sama serta pertubuhan F&B yang tidak melaksanakan pemeriksaan yang diperlukan.

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti