SEKATAN bagi memasuki empat pasar basah yang popular akan dilonggar mulai Khamis (13 Ogos) sedang pasar tersebut menyaksikan pengurangan orang beratur pada hari bekerja, menurut satu surat pekeliling Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) yang diberi kepada penjaja dan dilihat The Straits Times (ST).

Empat pasar basah itu adalah; Pasar Geylang Serai, Pasar Chong Pang di Blok 104/105 di Yishun Ring Road, Block 21/21 di Marsiling Lane dan sebuah pasar di Blok 505, Jurong West Street 52.

Surat yang bertarikh Selasa (11 Ogos) itu berkata peraturan yang membenarkan pelanggan untuk mengunjungi pasar tersebut pada hari selang seli - berdasarkan nombor terakhir kad pengenalan mereka - akan dilonggar pada hari bekerja. Tujuan pelonggaran ini ialah untuk mengurangkan pelanggan berhimpun pada hujung minggu dengan menawarkan lebih masa untuk membeli sepanjang minggu, tambah pekeliling itu.

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti