Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Sekilas

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas

Mar 01, 2024 | 08:36 PM



MCI labur hingga $500j
dalam sumber pengkomputeran berprestasi tinggi

Pemerintah akan melabur hingga $500 juta bagi memastikan Singapura mempunyai kemampuan pengkomputeran berprestasi tinggi yang mencukupi untuk menyokong cita-cita negara dalam pembangunan keupayaan serta inovasi kecerdasan buatan (AI).

Ini kerana memastikan Singapura mempunyai prasarana asas untuk menggerakkan kegiatan AI adalah penting, kata Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary.

“Kami menjangkakan bahawa sumber ini akan menyokong kes penggunaan merentas sektor seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, serta pengangkutan dan logistik.

“Dan dari masa ke masa, kami mengharapkan agar pelaburan ini memangkin pembangunan dan penggunaan AI yang lebih besar di Singapura, dan memacu pelaburan industri tambahan dalam prasarana kuasa pengkomputeran.

MCI lancar jawatan profesor pelawat AI, tarik pengkaji terkemuka

Pemerintah akan melancarkan Jawatan Profesor Pelawat kecerdasan buatan (AI) baru untuk menarik penyelidik AI bertaraf dunia bagi menjalin kerjasama dengan Singapura.

Ini merupakan langkah awal untuk membangunkan kumpulan Pencipta AI terkemuka di sini.

Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) berkata bakat penyelidikan AI terbaik mendapat permintaan tinggi di peringkat antarabangsa.

Namun, mereka penting dalam membantu meningkatkan ekosistem penyelidikan AI Singapura dengan menarik penyelidik dan syarikat lain untuk bekerjasama dengan mereka, katanya.

MCI berkata ia menyasarkan untuk menganugerahkan kumpulan perintis lima Profesor Pelawat AI dalam beberapa tahun akan datang.

Bagi menyokong pemindahan keupayaan, Profesor Pelawat AI akan dikehendaki meluangkan sekurang-kurangnya 20 peratus masa mereka pada kerjasama itu.


Mereka juga perlu mengenal pasti seorang rakan usaha sama Singapura untuk menambat kegiatan mereka di sini dan akan digalakkan menyelia pelajar dan penyelidik muda di sini.


Ia menambah matlamatnya adalah untuk Profesor Pelawat AI ini memacu penyelidikan sejajar dengan agenda penyelidikan AI kebangsaan Singapura, menyediakan peluang latihan lebih tinggi untuk pelajar tempatan, dan memangkin kegiatan penyelidikan tambahan di Singapura.

Daya usaha baru sokong perusahaan bangunkan huraian AI

Pemerintah akan melancarkan satu daya usaha baru yang dipanggil Kecerdasan Buatan (AI) Generatif bagi Pemimpin Digital untuk menyokong perusahaan yang lebih matang secara digital membangunkan huraian AI mereka sendiri.

Daya usaha itu akan menyatukan kepakaran domain perusahaan yang mengambil bahagian dengan kepakaran teknologi serta sumber gergasi teknologi, untuk membantu perusahaan membangunkan huraian AI generatif.

Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) berkata AI generatif adalah teknologi yang berpotensi mengganggu industri dan mengubah perusahaan, membolehkan mereka mencapai kecekapan operasi yang lebih baik, memperoleh aliran pendapatan baru, serta menghasilkan produk dan model perniagaan baru.

Walaupun lebih banyak perusahaan yang matang secara digital bersedia dan berkebolehan, serta mempunyai keupayaan teknologi dalaman, mereka teragak-agak menggunakan AI generatif kerana teknologi itu baru muncul dan berkembang pesat serta memerlukan mereka mempunyai pengetahuan dan kepakaran untuk memahami kemungkinan dan cabarannya dengan lebih baik, kata kementerian itu.


Inisiatif itu bertujuan membantu perusahaan meningkatkan pemahaman mereka tentang AI generatif dan memberikan mereka akses kepada kepakaran dan sumber AI generatif untuk membangun dan melaksanakan huraian AI generatif dengan rakan kongsi teknologi.

Sedang perusahaan meneruskan pelaksanaan dengan sokongan rakan kongsi teknologi, mereka akan mendapat nasihat dan panduan tentang teknologi dan amalan terbaik tentang tadbir urus AI.


Sokongan geran akan disediakan untuk perusahaan yang layak, bagi membantu membiayai sebahagian daripada risiko sebagai pengguna awal, kata MCI.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >