Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekilas

Jun 12, 2021 | 5:30 AM
cb8b8bcb-1fa2-4fda-8ab6-3f089f915910
-

4 disiasat caci pegawai jarak selamat

EMPAT orang sedang disiasat kerana mencaci pegawai penguatkuasaan dan duta jarak selamat, kata polis semalam. Mereka juga tidak mematuhi langkah jarak selamat. Tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 25 tahun dengan 54 tahun itu disyaki melakukan kesalahan tersebut dalam tiga insiden berasingan.

Seorang daripada mereka, Ng Chwee Hock, didakwa di mahkamah semalam melakukan kesalahan itu di Pusat Makanan Redhill kelmarin. Kes Ng, 46 tahun akan didengar lagi pada 9 Julai.

Dua insiden melibatkan sepasang lelaki dan perempuan mencederakan seorang duta jarak selamat, sementara seorang lelaki mabuk mengeluarkan kata kesat terhadap pegawai polis.

Pelabuhan diarah henti kerja punggah

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) mengarahkan Pelabuhan Jurong menghentikan semua kerja pemunggahan di atas kapal, selepas seorang pekerja dok terjatuh dari ketinggian 15 meter semasa bekerja kelmarin. Semalam, MOM berkata ia sedang menyiasat insiden di mana seorang pekerja warga Malaysia berusia 48 tahun terjatuh semasa memunggah paip keluli dari sebuah kapal.

Beliau mengalami beberapa keretakan dan dihantar ke Hospital Universiti Singapura (NUH), dan sedang dirawat di unit jagaan rapi (ICU), kata MOM.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg