Memperhalusi penyelesaian pertikaian untuk sokong keluarga
Unit baru ditubuhkan untuk mempertingkatkan lagi penguatkuasaan perintah penyelenggaraan dalam prosiding keluarga:
MinLaw akan menubuhkan unit baru iaitu Pegawai Penguasa Penyelenggaraan (MEO), sebagai sebahagian daripada Proses Penguatkuasaan Penyelenggaraan di bawah Akta Pembaharuan Keadilan Keluarga (Family Justice Reform Act).
MEO diberi kuasa mendapatkan maklumat tentang keadaan kewangan keluarga, membantu mahkamah membuat perintah penguatkuasaan yang lebih disasarkan dan berkesan.
Memanfaatkan Teknologi Geospatial
Pelan Induk Geospatial Singapura diperbaharui:
Penguasa Tanah Singapura (SLA) dan Penguasa Kelautan dan Pelabuhan (MPA) akan melancarkan Pelan Induk Geospatial Singapura yang diperbaharui dalam masa terdekat, yang akan memajukan inisiatif geospatial SLA sepanjang dekad akan datang.
Bidang keutamaan termasuk menyepadukan maklumat dan teknologi geospatial untuk memberi manfaat kepada rakyat Singapura, memperdalam keupayaan geospatial Singapura bagi menyokong keperluan negara, dan mengetengahkan kepimpinan Singapura dalam pembangunan geospatial di peringkat global.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg