Sekilas Biasiswa Syed Isa Semait (SISS)

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekilas Biasiswa Syed Isa Semait (SISS)

Mar 1, 2024 | 5:30 AM

Sekilas Biasiswa Syed Isa Semait (SISS)

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Untuk membuat permohonan, sila imbas kod QR ini.
Untuk membuat permohonan, sila imbas kod QR ini. - Foto MAJLIS UGAMA ISLAM SINGAPURA (MUIS)

Biasiswa Syed Isa Semait (SISS), bertujuan memupuk calon graduan madrasah yang mencari kerjaya bermakna dalam membimbing kehidupan keagamaan masyarakat Islam Singapura.

Biasiswa yang dinamakan sempena nama mantan Mufti, Syed Isa Semait itu, ditubuhkan pada tahun 2015, demi memperingati dan menghargai sumbangan beliau kepada masyarakat Islam Singapura.

SISS diberikan kepada para pelajar madrasah yang cemerlang dalam pelajaran untuk melanjutkan pengajian peringkat siswazah mereka di universiti-universiti Islam berprestij di serata dunia.

Ia akan menampung yuran universiti, elaun dan perbelanjaan-perbelanjaan lain yang diluluskan.

Selain itu, penerima biasiswa juga berpeluang mengikuti program-program pembangunan dan dipersiapkan untuk memegang jawatan kepimpinan dalam sektor keagamaan.

Permohonan dibuka kepada:

[ο] Pelajar madrasah sepenuh masa di Singapura;

[ο] Warga Singapura atau Penduduk Tetap yang tinggal di Singapura sekurang-kurangnya 5 tahun sebelum tarikh permohonan;

[ο] Pelajar madrasah yang memohon dalam tempoh 5 tahun setelah tamat pengajian;

[ο] Pelajar madrasah yang mempunyai rekod pencapaian akademik yang konsisten dan cemerlang;

[ο] Pelajar madrasah yang memiliki potensi kepimpinan, perwatakan dan tingkah laku contoh.

Permohonan boleh dibuat di laman Muis (https://www.muis.gov.sg/Our-Services/Syed-Isa-Semait-Scholarship/Application) dan dibuka sehingga 15 April 2024.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg