Sekilas COS 2026: Kementerian Tenaga Manusia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekilas COS 2026: Kementerian Tenaga Manusia

Mar 3, 2026 | 7:19 PM

Sekilas COS 2026: Kementerian Tenaga Manusia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Program Penyerapan Pasaran Luar Negara (Omip) akan diluaskan untuk sokong karyawan muda dapatkan pendedahan luar negara pada lebih awal.
Program Penyerapan Pasaran Luar Negara (Omip) akan diluaskan untuk sokong karyawan muda dapatkan pendedahan luar negara pada lebih awal. - Foto fail

Pengembangan Program Penyerapan Pasaran Luar Negara (Omip) untuk sokong karyawan muda dapatkan pendedahan luar negara

Sokongan awal ini penting bagi memacu kerjaya mereka, selain membuka peluang pasaran luar negara yang menyokong pertumbuhan perniagaan antarabangsa.

Semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Tenaga Manusia pada 3 Mac, Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, berkata peluang awal ini akan mengukuhkan saluran bakat Singapura serta meningkatkan daya saing global syarikat.

Butiran lanjut akan dikongsi kelak.

Sejak Omip dilancarkan pada 2024, lebih 120 karyawan tempatan telah disokong untuk mendapatkan pengalaman antarabangsa.

Bersama program penempatan luar negara agensi lain, lebih 430 pekerja tempatan telah meraih manfaat sehingga 2025.

Pengembangan Program Pelatih Industri bagi Lepasan Baru (Grit)

Grit, program yang membantu siswazah mendapat pengalaman kerja tersusun dan relevan dengan industri, akan terus dibuka untuk kohort 2025 dan akan diperluaskan kepada kohort 2026.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) kini mempercepatkan proses penerimaan pemohon dan bersedia meluaskan kapasiti jika pasaran memerlukan.

MOM juga akan memberi subsidi sebanyak 70 peratus bagi kos latihan praktikal melalui Grit.

Sehingga kini, lebih 400 siswazah telah memulakan latihan praktikal dalam pelbagai industri.

Pas Rangkaian dan Kepakaran Luar Negara (One Pass) untuk tarik bakat kecerdasan buatan (AI) dan teknologi

Bagi menarik bakat AI dan teknologi terbaik, satu pas kerja baharu, ‘ONE Pass AI and Tech’, akan dilancarkan pada Januari 2027.

Pas ini menggantikan Tech.Pass sedia ada dan menawarkan faedah lebih lumayan, sebagai penghargaan kepada pemimpin serta inovator utama industri.

Ini adalah usaha Singapura untuk kekal berdaya saing global dalam memikat bakat unggul.

Sejak diperkenalkan pada 2023, lebih 8,000 individu memegang ONE Pass, dengan kebanyakan mereka menyumbang kepada sektor kritikal bagi masa depan ekonomi Singapura..

MOM tanda tangan Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Specialists Trade Alliance of Singapore bagi mulakan projek rintis untuk tingkatkan bidang elektrik

Sebagai sebahagian daripada projek rintis itu, MOM akan bekerjasama dengan industri untuk membangunkan inisiatif bagi pekerja mahir. Ini termasuk laluan kerjaya dan kemahiran yang lebih terstruktur, di samping program perantisan.

MOM memulakan langkah dengan memberi tumpuan kepada bidang elektrik.

Ini didorong oleh peranannya yang pentingnya dalam ekonomi Singapura masa depan, kandungan kemahiran yang mendalam, serta keperluan untuk membina rantaian bakat tempatan yang kukuh.

MOM juga akan memanfaatkan usaha ini sebagai panduan untuk meluaskan inisiatif tersebut ke bidang kemahiran yang lain.

Kumpulan Kerja Tiga Pihak bagi Pekerjaan Warga Emas (TWG-SE) akan mengeluarkan cadangannya pada separuh kedua 2026

TWG-SE sedang meneliti cadangan menyeluruh, merangkumi seluruh liku perjalanan kerjaya warga emas, termasuk fasa peralihan pertengahan dan akhir kerjaya, di mana campur tangan tepat pada masanya boleh memberikan impak yang paling besar.

Di bawah TWG-SE, MOM juga sedang menyemak langkah-langkah sokongan untuk majikan secara lebih holistik, termasuk menyemak semula Kredit Pekerjaan Warga Emas (SEC) dan menilai sama ada langkah-langkah jangka panjang adalah lebih bersesuaian.

Tambahan pula, bagi membimbing warga emas melakar langkah seterusnya, dan membantu majikan membina tenaga kerja mesra warga emas, TWG-SE sedang meninjau pendekatan bersepadu melalui penubuhan pusat kelestarian kerjaya.

Pusat itu akan menyatukan pelbagai penyedia perkhidmatan. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kesedaran, merangsang kerjasama, dan membina penyelesaian demi kelangsungan kerjaya berbilang peringkat yang lebih panjang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg