Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Warga emas dilatih kenal pasti berita palsu

Nov 3, 2018 | 5:30 AM
TINGKATKAN PEMAHAMAN: (Duduk) Cik Emilia Ramalan Muslia Mohamed, 57 tahun bersama dua lagi temannya, Cik Guan Gek Choon, 67 tahun dan Cik Rada Raj, 62 tahun, kesemuanya daripada Khidmat Masyarakat Tanglin telah diberikan brosur tentang bagaimana cara-cara untuk mengenal pasti berita palsu, sebagai sebahagian daripada Hari Pembelajaran Perkhidmatan di ITE Kolej Timur. - Foto BH oleh SHAHIDA SARHID
TINGKATKAN PEMAHAMAN: (Duduk) Cik Emilia Ramalan Muslia Mohamed, 57 tahun bersama dua lagi temannya, Cik Guan Gek Choon, 67 tahun dan Cik Rada Raj, 62 tahun, kesemuanya daripada Khidmat Masyarakat Tanglin telah diberikan brosur tentang bagaimana cara-cara untuk mengenal pasti berita palsu, sebagai sebahagian daripada Hari Pembelajaran Perkhidmatan di ITE Kolej Timur. - Foto BH oleh SHAHIDA SARHID -

BEBERAPA kali, Cik Emilia Ramalan Muslia Mohamed, 57 tahun mendapat kiriman mesej WhatsApp yang menurutnya, belum tentu kesahihannya.

Ada juga teman-temannya yang menerima mesej berkaitan penipuan yang melibatkan duit.

Mujur anak-anaknya sering menasihatinya agar tidak mudah terpedaya dan ada kalanya membantu mengesahkan kesahihan sesuatu berita itu.

"Pernah saya terima mesej yang menyatakan saya telah menang duit dan saya perlu ke Marine Parade untuk mengambilnya. Nasib baik ada anak saya yang menghalang saya daripada ke sana kerana menurutnya ia merupakan satu berita palsu yang bersifat penipuan," kongsinya.

Beliau merupakan antara 150 warga emas yang menghadiri Hari Pembelajaran Khidmat di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Timur, semalam yang diadakan untuk mendidik warga emas bagaimana cara-cara asas untuk mengenal pasti berita palsu.

Semasa bengkel tersebut, duta Kelab Bijak Media ITE telah mengongsi panduan asas bagaimana untuk mengkaji, mengesahkan dan menyemak berita yang diterima sebelum mengedarkannya.

Usaha tersebut merupakan sebahagian daripada Kempen Internet Lebih Baik tahun ini yang diperkenalkan Majlis Celik Media (MLC) untuk menggalak sikap yang selamat dan bertanggungjawab dalam talian.

Tujuannya kempen itu adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pendidikan dalam tiga bidang yang merangkumi isu seperti keselamatan siber, pemikiran kritikal dan keupayaan membezakan maklumat palsu dalam talian serta pembulian siber.

Tahun ini, lima kempen mini dengan kekata - "Be Safe, Be Smart and Be Kind Online" - atau Kekal Selamat, Kekal Bijak dan Kekal Baik Hati, telah dilancarkan.

Semasa kempen pada April hingga Jun tahun ini, sejumlah 4.6 juta telah berjaya didekati merentasi platform digital dan luar talian.

Satu video dalam talian yang mendapat perhatian ramai juga berjaya meraih tontonan video sehingga 1.35 juta.

Disamping itu, hingga 4,000 risalah dalam kesemua bahasa vernakular yang mengandungi panduan mudah mengenal pasti berita palsu dan akibatnya jika berita itu disebarkan juga telah diagihkan.

SEKILAS KEMPEN

Kempen Internet Lebih Baik (Better Internet Campaign)

- Tingkatkan kesedaran awam dan pendidikan berhubung tiga isu - "Kekal Selamat, Kekal Bijak dan Kekal Baik Hati."

- Rangkumi bidang kritikal seperti keselamatan siber, pemikiran kritikal dan mampu membezakan maklumat palsu dalam talian dan pembulian di alam siber.

Februari - Mac 2018

Topik: Pembulian siber, cara menanganinya serta interaksi saling menghormati dalam talian

Kumpulan sasaran: Belia

April - Jun 2018

Topik: Maklumat Palsu, mengenal pasti berita palsu dan memupuk amalan memeriksa fakta

Kumpulan sasaran: Umum

Julai - Ogos 2018

Topik: Keselamatan siber, kenal pasti penipuan, melindungi data

Kumpulan sasaran: Warga emas

September - Oktober 2018

Topik: Pembulian siber, cara menanganinya serta interaksi saling menghormati dalam talian

Kumpulan sasaran: Umum

November - Disember 2018

Topik: Maklumat palsu, kenal pasti berita palsu dan pupuk amalan memeriksa fakta

Kumpulan sasaran: Umum dan warga emas

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg