Tok Sumang, yang berasal dari Daik, Lingga, datang ke Singapura pada penghujung abad ke-19 bersama rombongan Sultan Lingga.
Tok Sumang, atau nama asalnya, Che’ Soman, seorang penghibur dan pemain biola. Pada suatu hari, puteri Lingga memberitahu Tok Sumang beliau telah jatuh hati dengan Tok Sumang, walaupun Tok Sumang sudah beristeri dan beranak tiga.
Untuk menghindarkan daripada menjadi percakapan orang, Tok Sumang telah membawa keluarganya ke Pulau Tekong. Kemudian Tok Sumang menghantar anaknya Long Amat pulang ke Daik untuk membawa orang-orang Daik ke Singapura kerana Tok Sumang ingin membuka sebuah kampung di Punggol.
Pihak Inggeris kemudian menyarankan membina jalan di Kampung Punggol. Pada tahun 1891, jalan itu dibuka dan kawasan Punggol telah diserahkan oleh Inggeris kepada Long Amat buat selama-lamanya. Beginilah cerita permulaan Kampong Punggol.
*Ditukil dan disesuaikan dari buku ‘Tok Sumang’ oleh Allahyarham Dr Muhammad Ariff Ahmad. Baca versi digital di sini.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg