1. Mulai Rabu, pemulihan di rumah diperluaskan kepada lebih ramai pesakit Covid-19 yang sudah divaksinasi sepenuhnya, berusia sehingga 50 tahun
  2. Ibu bapa dengan kanak-kanak berusia lima tahun dan ke atas boleh membawa anak mereka yang dijangkiti Covid-19 pulang ke rumah untuk menjalani pemulihan
  3. Mulai minggu depan, tempoh kuarantin bagi mereka yang berisiko terdedah pada Covid-19 akan dipendekkan daripada 14 hari kepada 10 hari
  4. Mulai Selasa, warga tua berusia 60 tahun dan ke atas, serta penduduk di kemudahan jagaan warga tua, yang sudah selesai regimen vaksinasi mereka dengan mengambil dua dos sekurang-kurangnya enam bulan lalu, akan secara bertahap dijemput menerima dos penggalak atau 'booster' vaksin mRNA mereka
  5. Mulai Isnin, kit ujian kendiri akan dihantar ke tempat kerja yang tidak menjalani rejim ujian wajib