Sekilas perbahasan COS Ehwal Melayu/Islam

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekilas perbahasan COS Ehwal Melayu/Islam

Mar 5, 2026 | 2:58 PM

Sekilas perbahasan COS Ehwal Melayu/Islam

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
e3ff2ee1-105c-429e-9545-425de855be7c
-
Wakaf Masyarakat Singapura (WMS) dilancarkan pada 3 Ogos 2024.
Wakaf Masyarakat Singapura (WMS) dilancarkan pada 3 Ogos 2024. - Foto fail BH

WMS kumpul $8.5j sejak dilancarkan pada 2024

Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah melaksanakan lebih 20 inisiatif mendekati masyarakat sejak pelancaran rasmi Wakaf Masyarakat Singapura (WMS) pada 3 Ogos 2024, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Sehingga Februari 2026, WMS berjaya mengumpul lebih $8.5 juta, hasil sumbangan daripada lebih 15,400 transaksi.

“Saya amat menggalakkan mereka yang berkemampuan untuk menyumbang kembali kepada masyarakat, kerana ini akan memastikan kemampanan kewangan keperluan sosial dan agama kita bagi generasi akan datang.

“Hanya apabila institusi keagamaan kita kukuh barulah kita dapat memupuk kehidupan beragama masyarakat yang memperkayakan,” kata Dr Faishal.

WMS dilancarkan secara rasmi oleh Muis pada 3 Ogos 2024.

Sejauh ini, Pejabat Bimbingan Belia Mendaki telah membantu memadankan mentor dengan lebih 2,500 belia, dari Menengah 3 hingga pelajar prasiswazah.
Sejauh ini, Pejabat Bimbingan Belia Mendaki telah membantu memadankan mentor dengan lebih 2,500 belia, dari Menengah 3 hingga pelajar prasiswazah. - Foto MENDAKI

Program bimbingan Mendaki diperluas kepada pelajar Menengah 1

Mendaki kini memulakan program bimbingannya lebih awal, menjangkau pelajar seawal Menengah 1.

Langkah ini membuka peluang kepada lebih ramai pelajar dan ibu bapa untuk dihubungkan dengan rangkaian sokongan kukuh, seperti Rangkaian Profesional Mendaki. Bantuan ini penting untuk mereka membuat keputusan pendidikan dan kerjaya yang lebih bijak dan berinformasi.

Sebelum ini, Pejabat Bimbingan Belia Mendaki telah berjaya memadankan mentor dengan lebih 2,500 belia, dari peringkat Menengah 3 hingga prasiswazah.

Kohort ketiga Tunas Bersama M³ disambut akhir 2026

Program Tunas Bersama M³ terus membentuk barisan kepimpinan masyarakat akan datang.

“Setakat ini, dua kohort pemimpin telah menamatkan program Tunas, dan kami akan mengalu-alukan kohort ketiga pada akhir tahun ini.

“Lulusan Tunas ini akan membantu memacu M3+ ke hadapan dengan menghubungkan rakan kongsi, mengenal pasti peluang untuk kerjasama dan menerajui usaha-usaha supaya sokongan sampai kepada mereka yang memerlukan dengan lebih lancar,” kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg