Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekilas perbahasan COS MOE

Mar 4, 2024 | 8:25 PM
Pelajar kelihatan menghadiri kelas bahasa Jerman di Pusat Bahasa MOE (Newton).
Pelajar kelihatan menghadiri kelas bahasa Jerman di Pusat Bahasa MOE (Newton). - Foto hiasan ST

Peningkatan Anugerah Eagles

Kementerian Pendidikan (MOE) akan meningkatkan Anugerah Edusave bagi Pencapaian, Kepimpinan dan Perkhidmatan (Eagles) untuk merangkumi domain 21CC baru di mana kecekapan seperti pemikiran kritikal dan kecelikan sivik dan sejagat akan diambil kira.

Kuota Eagles juga akan diperluas mulai 2024 di mana sehingga 5 peratus pelajar Darjah 1 ingga Darjah 3 akan layak mendapat anugerah tersebut dan menerima anugerah sebanyak $200.

Dengan perubahan itu, sekitar tambahan 18,000 pelajar dijangka layak menerima Eagles setiap tahun.

Lebih banyak peluang penghargaan seni dan budaya

Lebih ramai pelajar akan dapat menghadiri persembahan muzik secara langsung di tempat konsert profesional, dengan pelancaran skim Pembelajaran Berasaskan Seni Persembahan di seluruh negara untuk sekolah menengah.

Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pendidikan), Cik Gan Siow Huang berkata skim itu telah dirintis pada 2023 di 22 sekolah menengah, membolehkan pelajar menikmati persembahan sebegitu yang dihasilkan dan dipentaskan khas di tempat konsert profesional.

Skim itu akan dilancarkan secara berperingkat ke semua sekolah menengah dari 2024 hingga 2027.

Lebih banyak perkongsian antara Kumpulan Sokongan Ibu Bapa

Untuk menggalakkan perkongsian pengalaman merentas kumpulan sokongan ibu bapa di sekolah berbeza, setiap kumpulan tersebut akan menjadi sebahagian daripada Lingkungan Sokongan mulai 2024, kata Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pendidikan), Cik Gan Siow Huang.

Lingkungan sokongan itu akan terdiri daripada wakil kumpulan sokongan ibu bapa dari sekitar 10 sekolah.

Mereka boleh menetapkan topik untuk bekerjasama, misalnya menyokong ibu bapa kanak-kanak dengan keperluan pendidikan khas atau mengukuhkan kesejahteraan mental pelajar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg