Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekilas perbahasan COS MOT

Mar 5, 2024 | 7:24 PM
Pemerintah akan memasang 120 pengecas pantas di sekitar 60 tempat letak kereta HDB.
Pemerintah akan memasang 120 pengecas pantas di sekitar 60 tempat letak kereta HDB. - Foto ZAOBAO

Lebih banyak pengecas pantas di tempat letak kereta

Pemerintah akan memasang 120 pengecas pantas di sekitar 60 tempat letak kereta Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di kompleks komersial, pusat bandar, pusat kejiranan dan premis industri JTC Corporation.

Dua pengecas pantas bagi setiap tempat letak kereta di kawasan termasuk Jurong West, Tampines dan Bukit Merah juga akan dipasang menjelang 2025.

Pengecas pantas itu akan melengkapi pengecas perlahan sedia ada yang terus digunakan bagi kenderaan ringan.

MPA peruntuk $15j galak syarikat maritim guna penyelesaian mampan

Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) akan memperuntukkan $15 juta di bawah Dana Kelompok Kelautan (MCF) – Tonggak Kemampanan sehingga 2030 untuk membiayai bersama kos penerimaan untuk memangkin penggunaan langkah pertama bagi penyelesaian mampan dalam bidang baru yang disasarkan.

Pembiayaan bersama itu adalah sehingga 50 peratus bagi syarikat kecil dan sederhana (SME) dan sehingga 30 peratus bagi bukan SME.

MPA akan mengeluarkan butiran lanjut menjelang suku ketiga 2024.

Sistem pengangkutan awam lebih terangkum

Pengumuman audio tentang tingkah laku bersifat prihatin akan diperkenal secara berperingkat pada 2,000 bas berkeupayaan audio dan bas baru yang dilengkapi dengan pembesar suara.

Pengumuman tersebut termasuk mengingatkan orang ramai agar memberi tempat duduk kepada golongan yang lebih memerlukan serta membantu individu yang perlukan bantuan.

Kementerian Pengangkutan (MOT) juga sedang mengkaji inisiatif kad komunikasi untuk memudahkan komunikasi dengan penumpang yang tidak boleh bercakap.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg