Setiap isi rumah boleh menerima sehingga lima pengunjung pada setiap satu masa; peningkatan daripada lima pelawat setiap hari
Jarak selamat tidak diperlukan dalam sekitaran pelitup digunakan; jika perlu, jarak 1 meter akan dikenakan
Firma boleh mengerahkan kakitangan merentasi tempat kerja berbeza; perhimpunan sosial di tempat kerja boleh disambung semula dengan had lima orang.
Sukan berpasukan boleh diteruskan dalam kumpulan sehingga 30 orang yang divaksin penuh di kemudahan tertentu
Had saiz khusus akan ditiadakan bagi acara seperti khidmat keagamaan dan majlis perkahwinan; had kapasiti 50 peratus akan dikenakan bagi acara besar yang mempunyai lebih 1,000 orang.
Had kunjungan masyarakat dan peraturan akan dilonggarkan bagi pekerja migran yang tinggal di dormitori, dengan lebih ramai yang dibenarkan melakukan sedemikian.
Pengunjung VTL dan mereka dari negara berisiko rendah hanya perlu menjalani ART yang tidak diselia dalam tempoh 24 jam apabila tiba di Singapura