Sekilas segmen perbarisan NDP 2023
Aug 10, 2023 | 5:30 AM
KEMBALI KE TEMPAT BERSEJARAH: Perbarisan Hari Kebangsaan 2023 kembali ke Padang selepas lima tahun. - Foto ST
Perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini antara lain melihat kehadiran terakhir Puan Halimah Yacob sebagai Presiden di perbarisan dan penyertaan pertama kontinjen Perkhidmatan Digital dan Perisikan (DIS).
Pada masa yang sama, ia juga menampilkan atur cara tradisional seperti terbang lalu dengan bendera, pertunjukan pasukan payung terjung Red Lions serta pertunjukan udara aerobatik, dan bilangan aset terbesar dalam tempoh lima tahun Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) yang menyambut ulang tahun ke-55 tahun ini.
Berikut adalah sajian gambar perbarisan yang berlangsung pada Rabu.
PANCARAGAM: Pancaragam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Pasukan Polis Singapura (SPF) bergerak keluar dari Padang selepas segmen Upacara dan Perbarisan. - Foto ST
KAWALAN KEHORMATAN: Kontingen bendera dan kawalan kehormatan berbaris keluar dari Padang di depan Galeri Nasional Singapura. - Foto ST
TERBANG LALU BENDERA: Bendera Singapura yang dibawa helikopter Chinook terbang lalu di Perbarisan Hari Kebangsaan di Padang, diiringi dua helikopter Apache. - Foto ST
PERSEMBAHAN PAYUNG TERJUN: Seorang ahli pasukan payung terjun Red Lions bersiap untuk mendarat di Padang. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
TEMBAKAN MERIAM: Tembakan Kehormatan Meriam 21 das dilakukan di Sungai Singapura. - Foto ST
PERTUNJUKAN AEROBATIK: Dua jet pejuang F-15SG melakukan pergerakan aerobatik. - Foto ST
BARISAN ASET: Pelbagai kenderaan berperisai dan aset daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berbaris di depan Galeri Nasional. - Foto ST
PERTAHANAN MUTLAK: Selain menunjukkan aset SAF, SPF dan SCDF, beberapa kenderaan berhias mempamerkan enam tunggak Pertahanan Mutlak negara. - Foto ST
Laporan berkaitan
Ketua pasukan sedia berkhidmat pastikan peserta dijagaAug 2, 2023 | 6:16 PM
Anak gigih sertai bapa dalam
NDP 2023Jul 31, 2023 | 12:40 PM


