Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekilas segmen persembahan NDP 2023

Aug 10, 2023 | 5:30 AM
WARNA WARNI: Pantulan bunga api mewarnai angkasa di atas tempat acara Perbarisan Hari Kebangsaan 2023, Padang.
WARNA WARNI: Pantulan bunga api mewarnai angkasa di atas tempat acara Perbarisan Hari Kebangsaan 2023, Padang. - Foto ST

Sebagaimana teratai kelihatan indah terapung di atas air dan bunga merah jambunya mekar di atas lautan daun hijau, persembahan malam Perbarisan Hari Kebangsaan pada Rabu menunjukkan bagaimana pulau Singapura bertahan dalam masa susah dan terus maju berjaya.

Ia berupaya berbuat demikian, hanya dengan salah satu sumber tunggalnya yang penting, iaitu modal insan – rakyat yang bersemangat, rajin berusaha serta hidup berharmoni antara pelbagai bangsa dan budaya.

Kesemua ini dipaparkan dalam pertunjukan tersebut yang dijayakan seramai 2,400 peserta serta 43 artis.

Antara lain ia melambangkan beberapa tema dan pengajaran tertentu kepada rakyat Singapura termasuk pasang surut hidup di sini, hidup berbilang bangsa berharmoni serta harapan masa depan bagi anak muda.

BERSEMANGAT: Seramai 470 pelajar daripada Sekolah Menengah Bedok View, Sekolah Menengah Deyi, Sekolah Menengah East Spring dan Maktab Rendah Victoria menyemarakkan semangat penonton dengan pertunjukan tarian menarik sebelum perbarisan bermula.
BERSEMANGAT: Seramai 470 pelajar daripada Sekolah Menengah Bedok View, Sekolah Menengah Deyi, Sekolah Menengah East Spring dan Maktab Rendah Victoria menyemarakkan semangat penonton dengan pertunjukan tarian menarik sebelum perbarisan bermula. - Foto ST
KEAMANAN NEGARA: 116 relawan daripada Team Nila Singapura berbasikal dengan pakaian sayap bercahaya putih yang membentuk 58 pasangan merpati putih melambangkan 58 tahun Singapura menikmati keamanan negara.
KEAMANAN NEGARA: 116 relawan daripada Team Nila Singapura berbasikal dengan pakaian sayap bercahaya putih yang membentuk 58 pasangan merpati putih melambangkan 58 tahun Singapura menikmati keamanan negara. - Foto ST
GEMBIRA MENARI: Seorang penari daripada Persatuan Rakyat membuat persembahan dengan penuh riang semasa segmen nyanyian lagu berlandaskan bangsa dan budaya.
GEMBIRA MENARI: Seorang penari daripada Persatuan Rakyat membuat persembahan dengan penuh riang semasa segmen nyanyian lagu berlandaskan bangsa dan budaya. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
‘OH KAWAN’: Pasangan Haramain Osman dan Judah Lyne daripada kumpulan The Lion Story menyanyikan lagu mereka ‘Oh Kawan’ bagi segmen nyanyian dan tarian lagu berbilang bangsa dan budaya.
‘OH KAWAN’: Pasangan Haramain Osman dan Judah Lyne daripada kumpulan The Lion Story menyanyikan lagu mereka ‘Oh Kawan’ bagi segmen nyanyian dan tarian lagu berbilang bangsa dan budaya. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
TERATAI: Seramai 600 peserta daripada Divisyen Wanita SOKA Gakkai Singapura dan penari daripada kumpulan tarian Dance Inspiration  mempersembahkan tarian dengan bentuk teratai serta sepucuk bunga yang sedang mekar melambangkan sikap berdaya tahan rakyat Singapura membolehkannya menempuh pasang surut hidup.
TERATAI: Seramai 600 peserta daripada Divisyen Wanita SOKA Gakkai Singapura dan penari daripada kumpulan tarian Dance Inspiration mempersembahkan tarian dengan bentuk teratai serta sepucuk bunga yang sedang mekar melambangkan sikap berdaya tahan rakyat Singapura membolehkannya menempuh pasang surut hidup. - Foto ST
AKSI HEBAT: Kumpulan 53A mempersembahkan beberapa lagu serta lagu tema NDP 2023, ‘Shine Your Light’, diiringi 180 penari daripada Martial House, Music and Drama Company dan Politeknik Temasek serta disokong ciri visual tiga dimensi.
AKSI HEBAT: Kumpulan 53A mempersembahkan beberapa lagu serta lagu tema NDP 2023, ‘Shine Your Light’, diiringi 180 penari daripada Martial House, Music and Drama Company dan Politeknik Temasek serta disokong ciri visual tiga dimensi. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg