Butana adalah sejenis gas yang mudah terbakar dan sering digunakan dalam cecair pemetik rokok, propelan atau gas mampat dalam bekas untuk semburan aerosol, bahan penyejuk dan lain-lain.

Baru-baru ini, Berita Harian (BH) merungkai berkenaan penyedutan gas butana melalui kanister atau bekas gas dalam kalangan sekumpulan remaja di daerah tengah Singapura untuk menjadi ‘high’ atau berkhayal. Berikut ringkasannya:

  1. Kanister gas butana berharga beberapa dolar dan mudah didapati dari wadah dalam talian dan di kedai-kedai
  2. Butana gas yang mudah disalahgunakan kerana beri kesan euforia atau khayalan sama seperti penghidu gam
  3. Disedut untuk kekalkan khayalan
  4. Butana ada penggunaan industri dan komersial yang sah dan bukan bahan terkawal yang disenaraikan di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah (MDA) atau Akta Bahan Memabukkan (INSA)
  5. Boleh sebabkan kesan akut pada neurologi, sistem kardiovaskular atau komplikasi serta kesan kronik jangka panjang