Topik diikuti
Pergi ke BHkuSekilas usul pindaan kepada Akta Pentadbiran Hukum Islam

Sekilas usul pindaan kepada Akta Pentadbiran Hukum Islam
Perihal tadbir urus dan pendidikan Islam
– Kolej Pengajian Islam Singapura (SCIS) diiktiraf sebagai sebahagian daripada fungsi berkanun di bawah Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Pengiktirafan berkanun ini memberi kuasa kepada SCIS menganugerahkan ijazah, diploma dan sijil.
– Pengawasan MUIS diperkukuh, dengan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam mempunyai pengawasan terhadap beberapa aspek tertentu terkait dengan pentadbiran dan kewangan SCIS.
Pentadbiran perkahwinan dan perceraian orang Islam
– Keperluan pasangan bukan warganegara atau penduduk tetap Singapura untuk menetap di Singapura bagi tempoh minimum sebelum dibenarkan berkahwin di sini. Pejabat Pendaftar Pernikahan Orang Islam (ROMM) mempunyai budi bicara beri pengecualian.
– Jika suami dan isteri bersetuju untuk bercerai melalui talak tafwidh, hakam atau asatizah yang dilantik Mahkamah Syariah (SYC) bagi selesaikan pertikaian rumah tangga, tidak perlu dilantik.
– SYC boleh beri pengecualian terhadap keperluan tampilkan dua saksi berikrar dalam kes fasakh, jika SYC memperoleh bukti mencukupi daripada jenis bukti lain seperti dokumen mahkamah.
Kuasa Mahkamah Syariah dan kemaslahatan anak
– SYC akan diberi kuasa termasuk perintah berhubung kewangan dan hak penjagaan anak bagi membenarkan atau menghalang seseorang anak daripada dibawa berpindah atau keluar dari Singapura, susulan perceraian Islam yang dimuktamadkan di luar negara.