Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekitar 12 orang angkat kereta di luar Parliament House untuk bantu mangsa kemalangan

Nov 15, 2021 | 4:32 PM
Foto MEDIA SOSIAL
Foto MEDIA SOSIAL -

SATU kemalangan yang berlaku di depan bangunan Parliament House pada pagi Ahad (14 November) menyebabkan lima orang dimasukkan ke hospital.

Kemalangan ini melibatkan kereta biru Honda dan BMW hitam di simpang North Bridge Road dan Parliament Place sekitar 8.15 pagi.

Foto-foto kejadian yang tersebar dalam WhatsApp menunjukkan sekitar 12 orang mengangkat kereta biru itu manakala yang lain pula membantu beberapa mangsa kemalangan yang terbaring di jalan raya dan kelihatan cedera.

Jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Singapura berkata pihaknya telah menghantar lima orang ke Hospital Besar Singapura (SGH).

Jurucakap polis pula menjelaskan lima yang cedera termasuk dua pemandu lelaki berusia 51 dan 59 tahun serta penumpang antara usia 28 dengan 61 tahun.

Kesemua mangsa kemalangan ini masih sedarkan diri apabila dikejarkan ke hospital.

Hasil pemeriksaan akhbar The Straits Times mendapati kereta biru itu adalah kenderaan tempahan privet.

Foto-foto selepas kejadian menunjukkan bahagian kiri kereta Honda itu remuk teruk manakala BMW itu pula remuk di bahagian depan.

Siasatan masih dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg