Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekitar $15,000 dikumpul daripada acara cuci kereta amal anjuran Forum Belia Muslim

Jan 6, 2018 | 6:37 PM
CUCI KERETA AMAL: Dr Faishal (dua dari kiri) membasuh keretanya di acara cuci kereta amal di Wisma Mendaki bersama beberapa relawan semalam, dengan disaksikan pengasas MYF, Ustaz Muhammad Zahid Zin (paling kiri).
CUCI KERETA AMAL: Dr Faishal (dua dari kiri) membasuh keretanya di acara cuci kereta amal di Wisma Mendaki bersama beberapa relawan semalam, dengan disaksikan pengasas MYF, Ustaz Muhammad Zahid Zin (paling kiri). - Foto KEVIN LIM

Wisma Mendaki di Kee Sun Avenue berubah menjadi tempat cuci kereta hari ini (6 Januari) apabila acara cuci kereta amal 'The Special Charity Carwash' diadakan buat pertama kali di sana.

Ia dianjurkan Forum Belia Muslim (MYF) bagi mengumpul dana buat Hab Pendidikan Khas My Inspiring Journey (MIJ) yang menawarkan program pendidikan khas buat pelajar yang mengalami kondisi seperti autisme atau palsi serebral.

Sekitar $15,000 berjaya dikumpul daripada acara cuci kereta amal itu yang berlangsung dari 9 pagi hingga 6 petang.

Tetamu terhormat, Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, melancarkan acara itu dengan mencuci keretanya di sana.

Seramai 100 relawan belia pelbagai kaum daripada MYF dan MIJ menyingsing lengan mencuci lebih 200 kenderaan.

Anggota Parlimen (AP) GRC Jurong Rahayu Mahzam, turut memberi sokongan dengan mencuci keretanya di acara itu bersama selebriti seperti Ariati Tyeb Papar dan Seri Wahyuni Jaes.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg