Topik diikuti
Pergi ke BHkuSekitar 2,000 pekerja Starbucks berpeluang jalani program latihan
Sekitar 2,000 pekerja Starbucks berpeluang jalani program latihan
SEKITAR 2,000 kakitangan Starbucks di sini akan meraih kemahiran penyesuaian, teknikal dan teknologi baru menjelang hujung tahun depan menerusi program latihan dipertingkatkan.
Ini selepas syarikat makanan dan minuman (F&B) itu semalam mengumumkan kerjasama mereka dengan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) untuk mewujudkan pekerjaan dan kehidupan lebih baik buat pekerja mereka.
