Sekitar 270 pelajar uji penguasaan kosa kata bahasa Melayu
Premium
Sekitar 270 pelajar uji penguasaan kosa kata bahasa Melayu
Sertai peraduan 'App Pintar Kata' peringkat nasional di Pusat Bahasa Melayu Singapura
Jul 31, 2015 | 5:30 AM
MEMBURU KOSA KATA SESUAI: Sebahagian daripada lebih 250 pelajar sekolah rendah dan menengah yang mengambil bahagian dalam peraduan sulung permainan 'App Pintar Kata' anjuran Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS) semalam, yang menguji penguasaan kosa kata bahasa Melayu pelajar itu melalui aplikasi ICT baru yang dibangunkan MLCS. - Foto TUKIMAN WARJI -
SEKITAR 270 pelajar daripada 102 sekolah rendah dan menengah di sini menguji penguasaan kosa kata bahasa Melayu mereka dalam peraduan 'App Pintar Kata' peringkat nasional di Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS), semalam.
App Pintar Kata, sebuah aplikasi yang membantu memperkaya pembelajaran kosa kata bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah rendah hingga menengah melalui wadah teknologi infokom (ICT), pernah dilancarkan Menteri Pendidikan Heng Swee Keat sempena Seminar Bahasa Melayu 2015 di MLCS bulan lalu.

