Ramai mungkin telah menangguhkan rancangan melancong mereka pada cuti bulan Jun ini kerana ia jatuh pada bulan Ramadan. Tetapi ada di antara mereka mengambil kesempatan bulan Ramadan ini untuk melancong ke negara-negara Muslim agar mereka dapat mengalami sendiri keseronokan dan kesyahduan bulan yang mulia ini di negeri orang. SHAHIDA SARHID (sshahida@sph.com.sg) bertemu dua wanita yang mengongsi pengalaman mereka melancong ke Bosnia dan Maghribi Ramadan ini.
Jun 27, 2016 | 5:30 AM
NIKMATI PENGALAMAN BERBEZA: Bagi Cik Hafizhah Jamel, melancong pada Ramadan ini bersama suaminya, Encik Muhd Azri Jemain, dan anaknya, Zayn Ilhan, ke Maghribi menyajikan satu pengalaman berbeza. -
KEINDAHAN ALAM: Beginlah pemandangan padang pasir Sahara pada sebelah petang apabila para pengunjung pulang dengan menunggang unta. - Foto-foto HAFIZHAH JAMEL -

SETIAP kali masuk waktu berbuka di Maghribi, akan kedengaran sekali dentuman bunyi meriam yang memecah keheningan di seluruh negara Afrika Utara itu.
Ini yang dialami Cik Hafizhah Jamel, 33 tahun, apabila beliau melancong ke Maghribi selama sembilan hari pada awal Ramadan ini.