Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekolah Perempuan Raffles berpindah ke Braddell Road

Oct 21, 2019 | 1:57 PM
Pengetua RGS, Cik Poh Mun See tiba di dewan serbaguna kampus baru itu. - Foto ST oleh NG SOR LUAN
Pengetua RGS, Cik Poh Mun See tiba di dewan serbaguna kampus baru itu. - Foto ST oleh NG SOR LUAN -

BANYAK sekolah di Singapura telah pun mengakhiri penggal mereka tapi bagi Sekolah Perempuan Raffles (RGS), ia merupakan 'hari pertama' bagi 1,600 pelajar RGS hari ini (21 Oktober).

Bersama 180 kakitangan dan 150 tetamu, mereka berada di pembukaan kampus baru RGS di 2 Braddell Rise, tapak lama Sekolah Menengah Braddell-Westlake yang telah tutup pada 2005, lapor The Straits Times (ST).

Institusi Raffles (RI) terletak hanya di hadapan, di Bishan. Kedua-dua sekolah itu kini dihubungkan dengan jejantas yang menghubungkan perhentian bas dan Braddell Road.

Projek RGS, yang mengambil masa tujuh tahun, memakan kos sebanyak $90 juta. Ia dibiayai bersama Kementerian Pendidikan (MOE).

Pengetua RGS, Cik Poh Mun See, 50 tahun, amat berbesar hati dapat melibatkan diri dalam babak perjalanan sekolah itu, dari mula hinggalah akhir.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg