Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Seksyen 377A secara rasmi dimansuhkan: Warta Pemerintah

Jan 4, 2023 | 5:30 AM
GANTUNG AKAUN: Carousell telah menggantung akaun-akaun palsu dan telah memperkenalkan laman amaran mandatori pada aplikasi bergeraknya sebagai menangani peningkatan terkini dalam bilangan penipuan pancingan data. - Foto BH oleh KUA CHEE SIONG
GANTUNG AKAUN: Carousell telah menggantung akaun-akaun palsu dan telah memperkenalkan laman amaran mandatori pada aplikasi bergeraknya sebagai menangani peningkatan terkini dalam bilangan penipuan pancingan data. - Foto BH oleh KUA CHEE SIONG -

SEKSYEN 377A, undang-undang berusia puluhan tahun yang menjenayahkan seks gay, secara rasminya telah dimansuhkan, selepas Presiden Halimah Yacob bersetuju pada 27 Disember kepada Rang Undang-undang yang mencadangkan pemansuhan tersebut.

Pada masa sama, perubahan kepada Perlembagaan untuk melindungi takrif perkahwinan sedia ada - penyatuan antara lelaki dengan wanita - daripada dicabar undang-undang kini berkuat kuasa, menurut notis yang diterbitkan di laman web Warta Pemerintah pada petang semalam.

Ini susulan langkah Parlimen mengundi pada 29 November lalu menyokong kedua-dua langkah tersebut berikutan perbahasan selama 10 jam sepanjang dua hari.

Menteri Undang-undang dan Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, berkata pada penghujung perbahasan itu bahawa pilihan keseluruhan menunjukkan bahawa Parlimen harus menjadi pihak yang memutuskan isu perkahwinan, dan bukan menyerahkan perkara itu kepada mahkamah atau meminta rakyat Singapura untuk "hidup bersama potensi ancaman pelanggaran Perlembagaan, dengan perubahan itu dikenakan ke atas masyarakat negara ini - seperti yang berlaku di negara lain".

Semasa pengundian, Parti Tindakan Rakyat (PAP) tidak mengangkat Cemeti, atau Whipnya, yang bermakna anggota parlimennya (AP) perlu mengundi mengikut kedudukan parti itu.

Parti Pekerja (WP) pembangkang, yang mempunyai sembilan AP, mengangkat Cemetinya.

Langkah untuk memansuhkan Seksyen 377A dikemukakan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam ucapan Rapat Hari Kebangsaan (NDR) pada Ogos lalu.

Beliau berkata pemerintah akan memansuhkan Seksyen 377A sekali gus tidak lagi menjenayahkan hubungan seks antara lelaki, sedang sikap orang ramai terhadap homoseksual telah berubah dengan ketara.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg