Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Sektor awam kurangi pelepasan karbon; lebih guna tenaga, air

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sektor awam kurangi pelepasan karbon; lebih guna tenaga, air

Sektor awam catat pelepasan karbon 3.7 juta tan pada tahun kewangan (FY) 2022 – 5.3% lebih rendah dari FY 2020
Dec 15, 2023 | 05:52 PM



Sektor awam di Singapura telah mencatatkan penurunan dalam pengeluaran gas rumah hijau dari 1 April 2022 hingga 31 Mac 2023.

Walaupun terdapat penurunan dalam pelepasan karbon, penggunaan tenaga dan air oleh sektor itu telah meningkat dalam tempoh yang sama.

Penurunan pelepasan gas rumah hijau dalam sektor awam ini sebahagiannya adalah disebabkan oleh penutupan Loji Pembakaran Tuas pada 2022.

Namun, dijangkakan pelepasan dari sektor awam akan meningkat dan mencapai puncaknya sekitar 2025.

Sektor awam Singapura mencatat pelepasan karbon dioksida sebanyak 3.7 juta tan pada tahun kewangan (FY) 2022 iaitu 5.3 peratus lebih rendah daripada tanda aras pada tahun kewangan 2020 apabila data sedemikian pertama kali dikumpulkan.

Data ini diperincikan dalam laporan GreenGov.SG, kad laporan kemampanan pertama pemerintah, yang diterbitkan oleh Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) pada 15 Disember.

Laporan itu menyebut peningkatan ini dijangka berlaku akibat dari penyelesaian pelbagai projek infrastruktur awam, termasuk dalam sektor pengangkutan, penjagaan kesihatan, pengurusan sisa dan kemudahan rawatan air.

Ia turut menekankan keperluan untuk mengambil langkah berkesan dalam mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, meskipun dengan adanya peningkatan aktiviti infrastruktur.

Kenaikan penggunaan tenaga dan air juga menimbulkan kebimbangan terhadap kelestarian sumber dan kesan terhadap perubahan iklim.

Laporan GreenGov.SG telah diperkenalkan pada 2021 sebagai kunci pemboleh Pelan Hijau Singapura 2030 yang bermatlamat untuk menjadikan Singapura negara lebih mesra alam.

GreenGov.SG, yang sebelum ini dikenali sebagai inisiatif Sektor Awam Menerajui Inisiatif Kemampanan Persekitaran (PSTLES), diterajui oleh sektor awam yang telah bertekad untuk mencapai pelepasan sifar bersih sekitar 2045, lima tahun lebih awal daripada sasaran sifar bersih Singapura menjelang 2050.

Pada tahun kewangan 2022, sektor awam melepaskan 3.7 juta tan karbon dioksida. Ini adalah kira-kira 5.3 peratus lebih rendah daripada garis dasar tahun kewangan 2020.

Penurunan ini disebabkan oleh penutupan Loji Pembakaran Tuas pada 2022 yang jauh mengatasi penggunaan elektrik yang lebih tinggi dan pelepasan karbon di sektor awam ekoran pembukaan semula ekonomi selepas pandemik Covid-19.

Namun, kadar pelepasan dijangkakan akan meningkat dan memuncak sekitar 2025 apabila selesainya projek infrastruktur awam termasuk pengangkutan, kesihatan dan pengurusan sisa dan kemudahan rawatan air.

Kadar pengeluaran gas rumah hijau sektor awam berkurangan antara 1 April 2022 dengan 31 Mac 2023 meskipun lebih banyak air dan tenaga digunakan.

Penggunaan tenaga dan air akan dijangkakan berkurang sebanyak 10 peratus manakala pembuangan sisa akan berkurang sebanyak 30 peratus pada 2030.

Antara inisiatif yang diperincikan dalam laporan itu ialah bagaimana sektor awam akan mengurangkan penggunaan tenaga, termasuk dengan memberi tumpuan kepada infrastruktur cekap tenaga dan menggunakan sumber tenaga alternatif rendah karbon.

Inisiatif untuk mengurangkan penggunaan air akan melibatkan penambahbaikan kecekapan air dalam reka bentuk dan kelengkapan bangunan, serta menggunakan air tidak boleh diminum dalam proses pembuatan, menara penyejuk, dan sanitasi.

Laporan itu juga mengiktiraf bahawa sisa pelepasan daripada perkhidmatan awam seperti pembakaran sisa dan rawatan air terpakai, tidak dapat dielakkan serta merta.

Untuk menangani sisa pelepasan ini, sektor awam sedang meneroka penyelesaian inovatif seperti penangkapan karbon, penggunaan dan teknologi penyimpanan.

Untuk mencapai sasaran GreenGov.SG, sektor awam sasar untuk mendidik dan memperkasakan semua pegawai awam dan membina keupayaan mereka agar ingin menyumbang secara aktif kepada kemampanan di Singapura.

Antara inisiatif yang dijalankan adalah dengan mengadakan sesi perkongsian dan latihan oleh pakar mengenai topik seperti membina tenaga pengurusan, perakaunan karbon, pengurusan sisa makanan dan tenaga suria.

Untuk melengkapkan laporan GreenGov.SG, lembaga berkanun juga akan menerbitkan laporan tahunan mereka bermula pada tahun kewangan 2024. Ia akan memberikan butiran yang lebih terperinci tentang langkah yang akan diambil untuk mencapai sifar bersih.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >