Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sektor binaan perlu tingkat automasi, produktiviti demi kurangkan pergantungan kepada pekerja asing: Lawrence Wong

Jun 9, 2020 | 8:32 PM
705067c4-869a-4c2d-8c5b-860df260d313
-

SEKTOR pembinaan perlu melaksanakan langkah perlindungan baru di tempat kerja, dan meneruskan usaha menjalani automasi selain meningkakan produktiviti.

Ini demi mengurangkan pergantungannya kepada pekerja asing setelah berakhirnya wabak Covid-19, kata Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong pada hari Selasa (9 Jun).

Encik Wong berkata sektor tersebut terjejas dengan ketara akibat Covid-19 dan menjadi sangat lemah akibat pandemik itu.

"Industri ini perlu laksanakan langkah berjaga-jaga baru di tapak binaan, teruskan usaha automasi dan tingkatkan daya penghasilan, supaya tidak bergantung kepada pekerja asing," kata beliau semasa berucap menerusi siaran televisyen pada Selasa.

Ucapan nasional itu merupakan antara ucapan menteri Kabinet yang disampaikan untuk menjelaskan masa depan dan rancangan Singapura selepas Covid-19.

Menurut beliau, pekerja sektor pembinaan, baik pekerja tempatan ataupun asing, akan diperlukan untuk menjalani ujian secara kerap dan menyeluruh. "Kita perlu semak semula dan baiki keadaan tempat tinggal para pekerja asing.

"Dormitori-dormitori sekarang sebenarnya adalah hasil kerja-kerja peningkatan yang dijalankan sedekad lalu. Meskipun begitu, dan selepas mengambil langkah berjaga-jaga, penularan virus tetap berlaku secara meluas di dormitori-dormitori," tambahnya.

Beliau berkata pemerintah akan mengambil langkah berjaga-jaga lebih ketat dan membina dormitori-dormitori baru agar ia lebih berdaya tahan terhadap risiko jangkitan.

Katanya, risiko itu akan sentiasa wujud kerana ramai pekerja tinggal setempat dan berkongsi kemudahan bersama.

Semua ruang penginapan bersama, baik dormitori, rumah rawatan mahupun kapal persiaran, akan sentiasa mempunyai risiko penularan sekiranya berlaku wabak penyakit berjangkit, ujarnya.

"Ini adalah perubahan-perubahan besar. Industri pembinaan akan perlu tanggung kos-kos tambahan.

"Buat masa ini, pemerintah menanggung kos-kos tersebut melalui Belanjawan Kecekalan.

"Selepas itu, kami akan perkenalkan langkah-langkah lain kurangkan kesan tersebut, dan bantu industri ini mencapai tahap daya penghasilan baru," kata beliau.

Encik Wong menembah:

"Tidak boleh dinafikan ini satu peralihan sukar. Tapi saya beri jaminan kepada semua dalam industri ini kami akan bekerja rapat dengan anda mengharungi masa mencabar dan bangkit lebih teguh dari pengalaman ini," kata beliau yang juga pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian menangangi wabak Covid-19.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg