Topik diikuti
Pergi ke BHkuSektor penjagaan kanak-kanak perlu tambah tenaga kerja

Mar 15, 2016 | 5:30 AM
Sektor penjagaan kanak-kanak perlu tambah tenaga kerja
PENGENDALI sektor penjagaan kanak-kanak perlu menggajikan 1,500 kakitangan lagi sepanjang dua hingga tiga tahun akan datang bagi memenuhi keperluan, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Tan Chuan-Jin, di Parlimen, semalam.
Menurut Encik Tan, meskipun ramai menyertai sektor tersebut, keadaan tenaga kerja bagi pengendali penjagaan kanak-kanak tetap ketat dan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) mendapatinya mencabar untuk mengisi lowongan tersebut.