Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Selamat tinggal JCube, terima kasih bagi semua kenangan indah

Pusat beli-belah di Jurong East Central tutup pintu buat selama-lamanya pada 6 Ogos.
Aug 14, 2023 | 5:30 AM
JADI KENANGAN: Pusat beli-belah JCube di Jurong East Central, yang berusia hampir 12 tahun, telah ditutup bagi memberi laluan kepada sebuah pembangunan perumahan 40 tingkat.
JADI KENANGAN: Pusat beli-belah JCube di Jurong East Central, yang berusia hampir 12 tahun, telah ditutup bagi memberi laluan kepada sebuah pembangunan perumahan 40 tingkat. - Foto ST

Selepas hampir 12 tahun, pusat beli-belah JCube di Jurong East Central menutup pintunya buat selama-lamanya pada 6 Ogos, pada 10 malam.

Tapak JCube yang seluas 7,771.2 meter persegi itu akan memberi laluan kepada sebuah pembangunan perumahan 40 tingkat yang akan merangkumi ruang komersial di tingkat satu dan dua.

KALI TERAKHIR: Pusat beli-belah JCube membuka pintunya kepada pengunjung buat kali terakhir pada 6 Ogos. Pintunya ditutup selama-lamanya pada 10 malam itu.
KALI TERAKHIR: Pusat beli-belah JCube membuka pintunya kepada pengunjung buat kali terakhir pada 6 Ogos. Pintunya ditutup selama-lamanya pada 10 malam itu. - Foto ST

Bangunan kediaman baru itu, yang disasarkan siap pada 2027, akan melengkapkan rancangan pemerintah untuk membawa rumah, perniagaan, kemudahan riadah dan kemudahan baru ke Daerah Tasik Jurong, kata pemajunya, CapitaLand Development, pada 1 Ogos.

DIKOSONGKAN: Suasana pilu dapat dirasakan apabila pengunjung mengunjungi JCube buat kali terakhir dan melihat hampir semua kedai di pusat beli-belah itu sudah dikosongkan.
DIKOSONGKAN: Suasana pilu dapat dirasakan apabila pengunjung mengunjungi JCube buat kali terakhir dan melihat hampir semua kedai di pusat beli-belah itu sudah dikosongkan. - Foto ZAOBAO

Ramai orang, terutama penduduk di kawasan perumahan Jurong, telah mengambil kesempatan untuk mengunjungi pusat beli-belah itu buat kali terakhir. 

Ada pengunjung pula tidak melepaskan peluang menggunakan satu-satunya gelanggang luncur ais bersaiz Olimpik di Singapura yang terdapat di JCube. Sebuah lagi gelanggang luncur ais di Singapura terletak di Kallang Leisure Park.

LUNCUR AIS: Sebahagian orang mengunjungi  JCube pada 6 Ogos untuk bermain luncur ais buat kali terakhir di satu-satunya gelanggang luncur ais bersaiz Olimpik di Singapura yang menjadi lambang pusat beli-belah itu.
LUNCUR AIS: Sebahagian orang mengunjungi JCube pada 6 Ogos untuk bermain luncur ais buat kali terakhir di satu-satunya gelanggang luncur ais bersaiz Olimpik di Singapura yang menjadi lambang pusat beli-belah itu. - Foto ZB

Dalam pos terakhirnya di Facebook, pusat beli-belah itu memberi penghargaan kepada semua yang telah memberikan sokongan kepadanya selama ia beroperasi.

“Ia merupakan satu perjalanan menarik dan ia tidak mungkin berlaku tanpa anda.” 

TEMPAT LATIHAN UTAMA: Kejohanan terakhir Persatuan Hoki Ais Singapura di gelanggang luncur ais JCube pada 4 Ogos.  Gelanggang itu menjadi tempat latihan utama atlet sukan ais Singapura sebelum pintu JCube ditutup selama-lamanya.
TEMPAT LATIHAN UTAMA: Kejohanan terakhir Persatuan Hoki Ais Singapura di gelanggang luncur ais JCube pada 4 Ogos. Gelanggang itu menjadi tempat latihan utama atlet sukan ais Singapura sebelum pintu JCube ditutup selama-lamanya. - Foto ST
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg