BAGAIKAN kembali ke zaman desa permai di mana anak-anak begitu terhibur hanya dengan bermain gasing dan menerbangkan wau bulan.

Nikmat merasa kuih tradisional pula membuatkan hadirin di Pesta Budaya Melayu anjuran Kelab Masyarakat Punggol melupakan seketika manisan seperti kek cawan yang menjadi santapan belia masa kini.