Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Selepas 28 tahun, Darul Ma'wa 'tutup pintu'

Dec 17, 2021 | 5:30 AM
- Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
- Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA -

SETELAH beroperasi selama 28 tahun, pintu Rumah Tumpangan Kanak-Kanak Darul Ma'wa (gambar) telah ditutup dan bangunannya telah pun dikosongkan.

Seramai 32 penghuni Darul Ma'wa sama ada telah disatukan kembali dengan keluarga mereka atau dipindahkan ke Rumah Kanak-Kanak yang lain sejak Oktober lalu, kata Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) semasa menjawab pertanyaan Berita Harian (BH).

Selain itu, MSF kini sedang meneroka kegunaan lain bagi bangunan yang terletak di 15, Guillemard Crescent itu.

Apabila BH mengunjungi tapak kawasan tersebut, pintu masuk bangunan itu sudah pun ditutup dan kawasan kelihatan lapang dan kosong.

Jamiyah Singapura berkata bahawa kakitangan yang sebelum ini di bawah Darul Ma'wa akan dikerah kepada bidang lain dalam pertubuhan itu bagi terus berkhidmat kepada masyarakat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg