Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Selepas 3 bulan, Terminal 1, 3 dibuka kembali

Sep 2, 2021 | 5:30 AM
DIBUKA SEMULA: Kedai-kedai di Terminal 1 dan 3 di Lapangan Terbang Changi dibuka semula kepada orang awam bermula semalam. Walaupun tidak sesak, lebih ramai dijangka mengunjunginya hujung minggu ini. -Foto BH oleh LIM YAOHUI.
DIBUKA SEMULA: Kedai-kedai di Terminal 1 dan 3 di Lapangan Terbang Changi dibuka semula kepada orang awam bermula semalam. Walaupun tidak sesak, lebih ramai dijangka mengunjunginya hujung minggu ini. -Foto BH oleh LIM YAOHUI. -

PENGUNJUNG serta kakitangan beberapa kedai dan tempat makan kembali ke Terminal 1 dan 3 Lapangan Terbang Changi semalam setelah lebih tiga bulan dua terminal itu ditutup.

Kededua terminal itu agak sunyi semalam setelah dibuka semula kepada orang awam, namun pekerja meluahkan harapan agar lebih ramai pelanggan akan berkunjung pada hujung minggu ini kerana ia permulaan cuti sekolah September.

Di Terminal 3, terdapat beberapa gerai yang masih ditutup dan kebanyakan orang di sana merupakan pekerja lapangan terbang.

Terminal 1 dan 3, termasuk Jewel di Lapangan Terbang Changi, ditutup sejak Mei lalu setelah kelompok Covid-19 dikesan di Terminal 3.

Kelompok itu lapangan terbang itu meningkat kepada 108 kes sebelum ini, di mana 43 kes adalah pekerja lapangan terbang.

Jewel dibuka semula pada 14 Jun lalu, sebulan setelah ia ditutup, sementara Terminal 1 dan 3 tetap ditutup kepada orang awam supaya pekerja dapat menyesuaikan diri kepada peraturan langkah selamat baru.

Langkah tambahan kini diambil untuk mengasingkan pelancong yang tiba daripada orang awam, memandangkan jumlah pelancong dijangka meningkat seiring sempadan Singapura dibuka secara beransur.

Hanya pelancong dan mereka yang menyediakan khidmat menyambut pelancong, akan dibenarkan di dewan ketibaan buat sekarang.

Hawa dingin dan sistem pengalihan udara di kededua terminal itu juga diperbaiki. Antara lain, lapangan terbang itu juga telah menyediakan kawasan rehat dan makan untuk kakitangan supaya mengurangkan interaksi dengan orang awam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg