Topic followed successfully
Go to BHkuSemakan rekod dapati 2 lagi kanak-kanak dengan hepatitis akut tahun lalu; bayi dengan jangkitan April lalu sudah pulih
Semakan rekod dapati 2 lagi kanak-kanak dengan hepatitis akut tahun lalu; bayi dengan jangkitan April lalu sudah pulih
Semakan rekod dapati 2 lagi kanak-kanak dengan hepatitis akut tahun lalu; bayi dengan jangkitan April lalu sudah pulih
DUA kes hepatitis akut pada tahun lalu yang tidak diketahui sebabnya telah dikenal pasti pada kanak-kanak tiga tahun dan lapan tahun yang mengalami penyakit itu tahun lalu pada Oktober dan November, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada Selasa (31 Mei).
Selepas ujian makmal dijalankan, dua kes ini didapati negatif bagi virus hepatitis yang biasa, seperti virus type A, B, C dan E.
Kededua kanak-kanak tidak mempunyai sejarah jangkitan Covid-19 sebelum dilanda hepatitis akut dan mereka terus menjalani pemeriksaan susulan yang tetap.
Siasatan imbasan dibuat selepas MOH bertanya kepada semua hospital dengan khidmat pandemik agar menyemak semula rekod pesakit mereka bagi mengesan mereka yang mempunyai tanda jangkitan serupa seperti kes yang dilaporkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang menimbulkan amaran mengenai hepatitis akut yang tidak diketahui puncanya berlaku pada kanak-kanak kecil di luar negara.
WHO, pada Jumaat (27 Mei) berkata ia telah menerima lebih 600 laporan mengenai kes hepatitis akut yang kemungkinan ada pada kanak-kanak di 33 negara berbeza tetapi menambah sebabnya kekal tidak diketahui dan sedang disiasat.
Sehingga 26 Mei, 650 kes yang berkemungkinan telah dilaporkan kepada WHO dari 33 negara, dengan 99 kes tambahan menanti klasifikasi, menurut satu kajian WHO.
Pihak berkuasa kesihatan serata dunia sedang meninjau tambahan dalam kes hepatitis yang teruk lagi penuh misteri - bengkak hati - pada kanak-kanak kecil yang telah menyebabkan sekurang-kurangnya sembilan kematian.
Hepatitis dalam kanak-kanak kecil bukan sesuatu yang asing dan ia bukan sesuatu yang ganjil sebagai penyebab beberapa kes hepatitis dalam kanak-kanak untuk tidak diketahui puncanya, kata MOH.
"Sejauh ini, MOH tidak melihat sebarang tambahan ganjil atau corak tertentu pada bilangan kenak-kanak dengan hepatitis yang tidak diketahui penyebabnya," kata MOH.
MOH menambah: "Sedang penyebab hepatitis dalam kesemua tiga kes belum dikenal pasti, ia mungkin bermakna kes ini dikiatkan dengan penularan wabak global.
"Kami akan terus memantau situasi ini secara rapi dan telah memberitahu pengamal perubatan untuk berjaga-jaga jika anak-anak kecil menampakkan tanda jangkitan hepatitis di mana puncanya tidak dapat dikenal pasti."
Pada 30 April, MOH melaporkan satu kes hepatitis akut yang tidak diketahui puncanya pada bayi 10 bulan.
Bayi itu telah dibenarkan pulang dan kini berada dalam keadaan baik, kata MOH. Namun, sebab hepaittis akut itu kekal tidak diketahui puncanya.
Tanda hepatitis yang biasa termasuk sakit perut dan cirit-birit, diikuti dengan sakit kuning, di mana kulit atau bahagian putih pada mata berubah menjadi kuning.
Ujian makmal menunjukkan tanda bengkak pada hati yang teruk, dengan kadar bacaan enzim hati yang tinggi.
Kebanyakan daripada kanak-kanak yang dijangkiti tidak mempunyai demam.
Beberapa tanda jangkitan hepatitis termasuk kelelahan, hilang selera makan, warna air kencing yang gelap, najis berwarna cerah dan sakit sendi.

