Dengan kedatangan Syawal Ahad ini, masyarakat Melayu/Islam semakin sibuk berbelanja di bazar Raya buat persiapan menyerikan Aidilfitri mereka. FARAH REZAL (rfarah@sph.com.sg) menemu ramah beberapa pengunjung bazar.

SEDANG orang lain membeli kuih Hari Raya awal, beliau menunggu beberapa hari sebelum Syawal untuk membelinya di Bazar Raya Utara di sebelah Causeway Point.