Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Semangat muhibah pemimpin agama di majlis Hari Raya Pusat Harmoni

May 28, 2022 | 5:30 AM
HUBUNGAN ERAT: Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-Undang, Encik Edwin Tong (lima dari kiri), kelihatan sedang melakukan aktiviti tulisan kaligrafi Islam Cina semasa majlis Perjumpaan Hari Raya antara agama bersama Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Kadir Maideen (empat dari kiri) dan Presiden Muis, Encik Saat A. Rahman (dua dari kanan). - Foto MUIS
HUBUNGAN ERAT: Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-Undang, Encik Edwin Tong (lima dari kiri), kelihatan sedang melakukan aktiviti tulisan kaligrafi Islam Cina semasa majlis Perjumpaan Hari Raya antara agama bersama Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Kadir Maideen (empat dari kiri) dan Presiden Muis, Encik Saat A. Rahman (dua dari kanan). - Foto MUIS -

MAJLIS perjumpaan Hari Raya antara agama kembali secara fizikal sejak dua tahun tidak berbuat demikian, malam kelmarin di Masjid Alkaff Upper Serangoon.

Majlis jamuan teh itu dihadiri 90 tetamu yang terdiri daripada pemimpin agama, masyarakat dan belia Singapura, termasuk Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir.

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-Undang, Encik Edwin Tong dan Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Alvin Tan, turut hadir dalam majlis anjuran Pusat Harmoni itu.

Dalam ucapannya menyambut tetamu datang ke majlis itu, Dr Nazirudin mengucapkan penghargaannya terhadap sokongan dan perpaduan pemimpin agama dalam menangani cabaran sepanjang pandemik.

"Kami sangat bertuah, berbesar hati dan sangat berterima kasih atas persahabatan (antara satu sama lain) dan terutamanya atas yakinan serta sokongan yang telah dihulurkan oleh pemimpin seperti anda semasa pandemik ini," katanya.

"Anda telah memastikan kami sentiasa teguh, bersikap positif, membolehkan kami berkongsi keluhan dan keprihatinan dan juga mencari ketenangan antara satu sama lain.

"(Dengan itu) Kami tahu kami tidak keseorangan," tambah Dr Nazirudin.

Perjumpaan Hari Raya itu merupakan satu acara tahunan bagi para pemimpin agama berinteraksi bersama satu sama lain, menegaskan semula hubungan erat antara masyarakat berbilang agama di sini.

Semasa acara itu, para hadirin turut melibatkan diri dalam kegiatan interaktif dengan kit Hari Raya yang menyambut kepelbagaian dalam masyarakat Muslim berbilang budaya.

Ia termasuk aktiviti khat Islam Cina, seni lukisan inai, dan salutan gula biskut Mesir.

Dr Nazirudin turut menambah, kebijaksanaan yang dicontohi para pemimpin agama di sini telah membuat masyarakat Singapura sentiasa berdiri teguh sepanjang pandemik.

"Kewibawaan agama kami secara kolekftif, yang dibangunkan setelah mengalami cabaran dan kemelut ini, telah membuat masyarakat kami berdaya tahan serta membolehkan kami meneruskan hidup semasa krisis tersebut," kata Dr Nazirudin lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg