Topik diikuti
Pergi ke BHkuSembcorp lancar dana bantu pekerja khidmat penting, pekerja asing dan kebajikan lebih kecil
Sembcorp lancar dana bantu pekerja khidmat penting, pekerja asing dan kebajikan lebih kecil
Sembcorp lancar dana bantu pekerja khidmat penting, pekerja asing dan kebajikan lebih kecil
-
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Sep 21, 2020 | 11:41 AM
Pekerja khidmat penting di Singapura - khidmat pembersihan dan pembuangan sampah, serta bekalan tenaga dan air - masing-masing akan menerima wang tunai $200.
Ini adalah untuk menunjukkan penghargaan kepada pekerja sedemikian yang telah memastikan Singapura terus beroperasi dalam pandemik Covid-19, kata Sembcorp Industries.
Syarikat itu sedang bekerjasama dengan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) untuk memberikan $500,000 kepada sekitar 2,500 anggota kesatuan yang layak.
Usaha ini sebahagian suntikan dana awal $1.5 juta untuk memberikan bantuan kepada pekerja asing dan kebajikan, serta sebagai tanda penghargaan kepada pekerja khidmat penting.
