Topik diikuti
Pergi ke BHkuSembilan NMP hadiri sidang Parlimen buat kali pertama
Sembilan NMP hadiri sidang Parlimen buat kali pertama
Sembilan NMP hadiri sidang Parlimen buat kali pertama
SERAMAI sembilan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) menghadiri sidang Parlimen pertama mereka sebagai NMP semalam.
Mereka adalah Encik Abbas Ali Mohamed Irshad, pengasas dan pengarah Roses of Peace; Encik Arasu Duraisamy, seorang aktivis kesatuan sekerja; Encik Douglas Foo, Pengerusi Sakae Holdings Ltd dan Presiden Persekutuan Pengilangan Singapura; Encik Ho Wee San, Pengarah Urusan Orchestra Cina Singapura (SCO); Profesor Lim Sun Sun, Profesor Perhubungan dan Teknologi serta Ketua Kemanusiaan, Kesenian dan Sains Sosial di Universiti Teknologi dan Rekaan Singapura (SUTD); Cik Anthea Ong, Pengasas/CEO Anagami Pte Ltd, perunding tanggungjawab sosial korporat; Cik Irene Quay, seorang ahli farmasi; Profesor Madya Walter Edgar Theseira, Ketua Sarjana Pengurusan (Pengangkutan Bandar) di Sekolah Perniagaan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS); dan Cik Yip Pin Xiu, seorang perenang nasional berkeperluan khas.