Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Semboyan Sistem Amaran Awam dibunyikan pada Khamis

Sep 14, 2016 | 11:25 AM
Apabila semboayan Sistem Amaran Awam dibunyikan di seluruh pulau pada 12.05 tengah hari pada Khamis (15 Sep), orang ramai boleh mendengar sembarang stesen radio tempatan bagi mesej ringkas mengenai sistem itu.
Apabila semboayan Sistem Amaran Awam dibunyikan di seluruh pulau pada 12.05 tengah hari pada Khamis (15 Sep), orang ramai boleh mendengar sembarang stesen radio tempatan bagi mesej ringkas mengenai sistem itu. - GAMBAR FAIL ST

PASUKAN Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan membunyikan isyarat "pesanan penting" Sistem Amaran Awam ke seluruh pulau pada Khamis (15 Sep), pada 12.05 tengah hari.

Latihan membunyikan semboyan amaran itu akan berlangsung satu minit.

Orang ramai dinasihatkan usah panik, ujar SCDF dalam satu kenyataan pada Rabu (14 Sep). Apabila isyarat itu dibunyikan, orang ramai boleh mendengar sembarang stesen radio tempatan untuk mesej ringkas mengenai Sistem Amaran Awam.

Latihan itu dan siaran radio tersebut diadakan setiap tahun. Ia sebahagian daripada usaha SCDF membiasakan orang ramai dengan isyarat Sistem Amaran Awam dan meningkatkan kesedaran mengenai cara orang ramai harus bertindak apabila mendengarnya.

Maklumat lanjut mengenai isyarat Sistem Amaran Awam dan prosedur kecemasan lain diboleh didapatkan di laman web SCDF di www.scdf.gov.sg.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg