Semua bilik darjah sekolah akan dilengkapi kipas lebih berkuasa, cat sejuk jelang 2027

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Semua bilik darjah sekolah akan dilengkapi kipas lebih berkuasa, cat sejuk jelang 2027

Mar 4, 2026 | 7:43 PM

Semua bilik darjah sekolah akan dilengkapi kipas lebih berkuasa, cat sejuk jelang 2027

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
kipas sekolah, cat sejuk, bilik darjah
Kementerian Pendidikan (MOE) bekerjasama dengan sekolah untuk mengenal pasti sekolah yang mungkin mengalami peningkatan haba melampau disebabkan kekangan tapak, keadaan atau persekitaran tertentu yang menghalang aliran angin semula jadi. - Foto ST

Menjelang 2027, semua bilik darjah sekolah akan dilengkapi kipas tambahan yang lebih berkuasa, dan permukaan bangunan akan dicat dengan cat sejuk. Demikian janji Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Pendidikan), Cik Jasmin Lau, di Parlimen pada 4 Mac.

Kementerian Pendidikan (MOE) juga bekerjasama dengan sekolah untuk mengenal pasti premis yang terkesan teruk akibat haba melampau, khususnya yang terhalang aliran angin semula jadi disebabkan kekangan tapak, keadaan atau persekitaran.

Bagi situasi di mana langkah sedia ada kurang berkesan, usaha penyejukan tambahan mungkin akan dilaksanakan.

Malah, penggunaan penyaman udara akan dipertimbangkan untuk bilik darjah yang perlu ditutup lama, misalnya akibat habuk berterusan atau bunyi bising melampau, seperti dari tapak pembinaan berhampiran.

Cik Lau memberi respons kepada pertanyaan Encik Cai Yinzhou (GRC Bishan-Toa Payoh) mengenai sekolah paling terdedah kepada kesan haba bandar, serta kemajuan dalam penggunaan cat penyejuk dan pemasangan alat pengudaraan di bangunan sekolah lama.

Sebelum ini, Anggota Parlimen (AP) seperti Encik Kenneth Tiong (GRC Aljunied) turut menyuarakan kebimbangan tentang kesan peningkatan suhu terhadap proses pembelajaran pelajar.

Encik Cai kemudian mengajukan soalan tambahan: adakah kajian mengenai kesan keselesaan haba terhadap prestasi akademik telah dilakukan?

Menjawab soalan itu, Cik Lau merujuk kepada kajian Universiti Nasional Singapura (NUS) 2024 yang mendapati prestasi kognitif merosot apabila suhu melebihi paras tertentu.

“Namun, ini tidak bermakna semua sekolah memerlukan langkah penyejukan yang sama.

“Kami akan terus menilai sekolah-sekolah kami dan menyasarkan langkah penyejukan kepada sekolah di mana para pelajar mungkin mengalami ketidakselesaan lebih tinggi, sama ada bersifat sementara atau kekal,” kata beliau.

MOE telah menjalankan kajian pada 2020 untuk mencari kaedah penyejukan campuran (mixed-mode cooling) terbaik bagi bilik darjah. Matlamatnya adalah keselesaan haba optimum, sambil mempertimbangkan kesan terhadap alam sekitar.

Ini dinyatakan oleh Menteri Negara Kanan (Pendidikan), Encik David Neo, semasa perbahasan belanjawan MOE pada 3 Mac.

Encik Neo berkata, MOE berhati-hati dan tidak tergesa memasang penyaman udara, kerana ia kurang cekap tenaga.

Beliau menekankan usaha kementerian dalam menyejukkan sekolah sepanjang tahun, termasuk melaksanakan langkah penyejukan campuran – gabungan pengudaraan semula jadi dan mekanikal serta penyejukan – di dewan sekolah bagi mencapai suhu yang disasarkan.

Cik Lau berkata semua sekolah baru direka untuk mendapat pensijilan ‘Green Mark Platinum Super Low Energy’, yang menekankan aspek reka bentuk bagi mengurangkan pemanasan, mengurangkan kebergantungan pada penyaman udara, dan mengoptimumkan pengudaraan semula jadi.

Contohnya, bangunan sekolah dihadapkan utara-selatan untuk pengudaraan silang semula jadi. Pelindung cahaya bagi mengehadkan sinaran matahari langsung, manakala tingkap besar dan kipas siling memastikan aliran udara lebih baik.

Jika sesuai, lebih banyak tempat berteduh dan kehijauan diterapkan dalam bangunan untuk mengurangkan suhu persekitaran.

Cik Lau menambah, bagi menjamin persekitaran pembelajaran kondusif, MOE bekerjasama dengan agensi dan penyelidik lain.

Mereka sedang mengkaji kesan peningkatan suhu terhadap pembelajaran dan kesejahteraan pelajar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg