Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Semua guru henti guna Zoom untuk pembelajaran di rumah selepas penggodam tunjuk gambar lucah

Apr 10, 2020 | 9:20 AM
TETAMU TIDAK DIUNDANG: Laporan orang tidak diundang yang menceroboh masuk sidang Zoom telah meningkat dalam beberapa bulan lalu.
TETAMU TIDAK DIUNDANG: Laporan orang tidak diundang yang menceroboh masuk sidang Zoom telah meningkat dalam beberapa bulan lalu. - - Foto AFP

SEMUA guru di sini akan berhenti menggunakan wadah sidang video Zoom untuk pembelajaran di rumah, selepas kejadian penggodam menceroboh masuk satu sesi untuk menunjukkan gambar lucah kepada beberapa pelajar.

Langkah itu merupakan langkah berjaga-jaga sehingga isu keselamatan diatasi, kata Kementerian Pendidikan pada malam Khamis (9 April).

Kementerian itu sedang menyiasat kejadian pada Rabu (8 April) melibatkan sebuah sekolah di bahagian timur Singapura, dan akan membuat laporan polis jika perlu, kata pengarah divisyen bagi divisyen teknologi pendidikan MOE, Encik Aaron Loh.

Beliau juga berkata pembelajaran di rumah akan diteruskan, dan guru akan terus menggunakan pelbagai sumber yang terdapat di Ruang Pembelajaran Pelajar Singapura, serta pengajaran dan pembelajaran di luar talian, lapor The Straits Times.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg