Semua isi rumah warga S’pura akan dapat baucar CDC $600
Semua isi rumah warga S’pura akan dapat baucar CDC $600
Feb 16, 2024 | 3:52 PM
-
Semua isi rumah warga Singapura akan menerima baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) bernilai $600 dalam dua bahagian.
Bahagian pertama bernilai $300 akan diberikan pada hujung Jun 2024, sementara lagi $300 akan diberikan pada Januari 2025.
Demikian kata Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 di Parlimen pada 16 Februari.

