Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Semua kelompok Covid-19 pusat tukaran bas ditutup

Oct 21, 2021 | 5:30 AM
-

KESEMUA lapan kelompok jangkitan Covid-19 di pusat tukaran bas telah ditutup, dengan kelompok terakhir di Pusat Tukaran Bas Tampines ditutup pada 15 Oktober, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) malam kelmarin.

Ini sekitar dua bulan lepas dua kelompok pertama melibatkan pusat tukaran bas Bishan dan Sengkang diumum pada 14 Ogos.

Menjelang 7 September, 537 kes dikaitkan dengan lapan pusat tukaran bas di seluruh pulau, dan pada 10 September, LTA berkata penumpang harus menunggu lebih lama bagi beberapa perkhidmatan bas, sedang beberapa ratus pemandu dijangkiti, atau diletak di bawah notis kuarantin atau jangan keluar rumah.

Kelmarin, jurucakap LTA berkata hingga 16 Oktober, sekitar 99 peratus pekerja barisan depan pengangkutan awam telah divaksinasi sepenuhnya, sementara 49 pemandu bas daripada pelbagai pusat tukaran bas sedang pulih daripada virus itu.

Mereka terdiri daripada 14 pemandu dari pusat tukaran bas Tampines, seorang dari Boon Lay, empat dari Jurong East, lapan dari Clementi, enam dari Toa Payoh, sembilan dari Punggol, lima dari Sengkang dan dua dari Bishan.

Jurucakap itu berkata masa menunggu sebahagian besar perkhidmatan bas telah dikekalkan, tanpa memberi kesan besar ke atas penumpang.

Bulan lalu, Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran, berkata tiada bukti kelompok tersebut menyebabkan virus itu merebak kepada penumpang, sementara pengarah perkhidmatan perubatan Singapura, Profesor Madya Kenneth Mak, berkata kelompok tersebut kemungkinan berpunca daripada penularan di tempat kerja.

Profesor Mak berkata penularan mungkin berlaku disebabkan interaksi tanpa pelitup semasa waktu rehat di pusat tukaran bas, tetapi beliau juga berkata memandangkan jumlah kes masyarakat tinggi masa itu, jangkitan tersebut mungkin diperkenal daripada masyarakat.

Bagi mengurangkan penularan, LTA menetapkan sekatan lebih ketat untuk kakitangan berehat dan makan di pusat tukaran bas mulai 2 September, dengan membenarkan hanya seorang anggota kakitangan duduk di setiap meja untuk makan, dan mengehadkan jumlah mereka yang tidak memakai pelitup pada satu-satu masa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg