Semua majlis bandaran terima kenyataan kewangan tanpa pengecualian bagi FY2017 kecuali AHTC
Semua majlis bandaran terima kenyataan kewangan tanpa pengecualian bagi FY2017 kecuali AHTC
Dec 14, 2018 | 4:37 PM
TERDAPAT KELEMAHAN: Kenyataan kewangan AHTC oleh juruaudit luarnya mengandungi pengecualian kerana terdapat kelemahan kawalan dalaman. - Foto FAIL THE STRAITS TIMES
KESEMUA 16 majlis bandaran telah menerima kenyataan kewangan tanpa pengecualian bagi tahun kewangan 2017 (FY2017) kecuali Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC), kata Kementerian Pembangunan Negara (MND) menerusi satu kenyataan hari ini (14 Disember).
Kenyataan kewangan AHTC oleh juruaudit luarnya mengandungi pengecualian kerana terdapat kelemahan kawalan dalaman.
Sebagai contoh, majlis bandaran itu tidak mencatat perbelanjaannya tepat pada masanya.
"Ini merupakan tahun ketujuh berturut-turut AHTC menerima kenyataan kewangan dengan pengecualian daripada juruaudit luar," kata MND.

