Semua pelawat kecuali rakyat, PR perlu mohon Pejabat Perjalanan Selamat masuki SG
Semua pelawat kecuali rakyat, PR perlu mohon Pejabat Perjalanan Selamat masuki SG
SEMUA pelawat, kecuali rakyat dan penduduk tetap (PR) Singapura, yang merupakan pemegang pas kerja dan pemegang pas lawatan pendek dan jangka panjang perlu bermohon melalui Pejabat Perjalanan Selamat (STO) bagi mendapat keizinan untuk memasuki Singapura.
Mereka juga perlu mematuhi syarat tambahan bergantung kepada sejarah perjalanan mereka, menurut kenyataan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Penguasa Imigresen dan Pemeriksaan (ICA).
Pemegang Pas Jangka Panjang (LTPH) yang mempunyai pas dikeluarkan MOM, juga perlu mematuhi syarat dan langkah tambahan.
Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) telah menubuhkan STO di bawah ICA bagi memudahkan pengunjung dan menyelaras agensi-agensi yang terlibat dalam pelbagai skim perjalanan.
Ini memandangkan pemerintah sedang mengambil langkah untuk membuka semula sempadan secara beransur-ansur menerusi pelbagai skim perjalanan dengan negara lain sedang keadaan penularan masyarakat di sini stabil.

