Topic followed successfully
Go to BHkuSemua pengunjung perlu ambil ujian PCR semasa tiba di Singapura
Semua pengunjung perlu ambil ujian PCR semasa tiba di Singapura
Semua pengunjung perlu ambil ujian PCR semasa tiba di Singapura
SINGAPURA menetapkan langkah lebih ketat bagi mereka yang memasuki negara ini, dalam usaha menguruskan risiko kes import. Langkah itu termasuk memerlukan semua pengunjung, termasuk warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR), mengambil ujian Covid-19 reaksi rantai polimerase (PCR) apabila tiba di sini.
Langkah itu bermula pada 11.59 malam, 24 Januari ini, umum Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan pada Sabtu malam (16 Jan). Syarat sedia ada Notis Jangan Keluar Rumah (SHN), termasuk ujian PCR di akhir tempoh SHN, akan diteruskan.
Selain itu, mulai 11.59 malam, 18 Januari - sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak - semua warga dan PR yang kembali dari Britain dan Afrika Selatan akan dikenakan tambahan tempoh pengasingan tujuh hari di tempat kediaman mereka, setelah SHN 14 hari mereka di kemudahan khusus SHN tamat.
Sementara itu, mulai 11.59 malam, 31 Januari, pengunjung yang memohon masuk ke Singapura di bawah Pas Perjalanan Udara dan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) perlu mempunyai insurans perjalanan bagi kos rawatan perubatan dan hospital yang berkaitan dengan Covid-19 di Singapura, dengan perlindungan minimum $30,000.

