Topik diikuti
Pergi ke BHkuSemua PMD wajib jalani pemeriksaan bagi atasi risiko kebakaran
TINGKAT KESELAMATAN: Pemerintah memperuntuk $50 juta untuk meningkatkan prasarana dalam beberapa tahun akan datang termasuk melebarkan laluan penjalan kaki, serta memasang tanda amaran dan jalur kawal kelajuan bagi penggunaan PMD. - Foto BH oleh ONG WEE JIN -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Aug 6, 2019 | 5:30 AM
SEMUA e-skuter berdaftar akan diwajibkan menjalani pemeriksaan bermula 1 April tahun depan, sebagai sebahagian usaha untuk mengatasi risiko kebakaran berkaitan alat mobiliti peribadi (PMD).
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) juga akan mempercepatkan tarikh melarang PMD tanpa sijil kepada 1 Julai depan, enam bulan lebih awal berbanding tarikh 1 Januari 2021 yang dijadual sebelum ini.
