
Kesemua 100,000 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang pemerintah telah komited untuk bina dari 2021 hingga 2025 akan siap pada 2025 seperti yang dijanjikan, kata Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.
Bercakap semasa Rapat Hari Kebangsaan sulungnya pada 18 Ogos di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central di Ang Mo Kio, Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, berkata semua projek BTO yang ditangguhkan akibat pandemik Covid-19 juga dijangka siap pada awal 2025.
“Menjelang awal tahun depan, semua projek BTO yang ditangguhkan oleh Covid-19 akan disiapkan. Penduduk boleh mengambil kunci mereka tidak lama lagi.
“Terdahulu, Kementerian Pembangunan Negara (MND) telah komited untuk melancarkan 100,000 flat baru dari 2021 hingga 2025. Menjelang Disember, ia akan melebihi 80,000 unit.
“Menjelang tahun depan, mereka akan menyediakan kesemua 100,000 unit, seperti yang dijanjikan. Usaha kita sudah mula menstabilkan pasaran hartanah,” kata Encik Wong.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg