Semua yang pulang dari AS, Britain wajib akur notis tidak keluar di tempat khusus
Premium
Semua yang pulang dari AS, Britain wajib akur notis tidak keluar di tempat khusus
MOH bekerjasama dengan pengendali hotel untuk tempatkan mereka yang tiba, langsung dari lapangan terbang
Mar 25, 2020 | 5:30 AM
LANGKAH BARU: (Dari kiri) Pengarah Perkhidmatan Perubatan, Profesor Madya Kenneth Mak, bersama Encik Gan dan Encik Wong sewaktu sidang media pasukan bertindak khas untuk menangani penularan Covid-19 semalam, untuk mengumumkan langkah pencegahan tambahan baru untuk membendung penularan virus itu di sini. - Foto MCI -
SEMUA orang yang tiba di Singapura dari Britain dan Amerika Syarikat mulai 11.59 malam ini akan menjalani perintah Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selama 14 hari di tempat yang khusus dan bukan di rumah sendiri.
Kementerian Kesihatan (MOH) sedang bekerjasama dengan pengendali hotel untuk menempatkan mereka yang baru pulang dari kedua-dua negara itu dan mengaturkan agar mereka dapat dihantar terus ke hotel dari lapangan terbang.

