Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Seni arca, mural dan pameran di kawasan terbuka hiasi landskap S’pura

Sep 4, 2023 | 5:30 AM
KARYA MENARIK: Seniman, Encik Hilmi Johandi, menyusun satu siri cetakan bersaiz papan iklan yang dibina daripada serpihan dan kolaj iklan perjalanan awal abad ke-20 Kereta Api Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (1901–1948).
KARYA MENARIK: Seniman, Encik Hilmi Johandi, menyusun satu siri cetakan bersaiz papan iklan yang dibina daripada serpihan dan kolaj iklan perjalanan awal abad ke-20 Kereta Api Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (1901–1948). - Foto fail

Selain galeri seni, terdapat beberapa kawasan terbuka yang menempatkan seni arca, mural serta pameran yang dibuka secara percuma kepada ramai.

Seni yang dipamerkan di kawasan-kawasan terbuka ini boleh menghidupkan ruang tersebut, menambah perwatakan tempat itu selain mendekati masyarakat setempat.

Ia juga dapat menawarkan orang ramai pengalaman lain daripada yang lain.

Anda boleh kunjungi karya seni yang tidak dipamerkan baik di galeri mahupun muzium yang menghiasi landskap negara ini. 

(Atas) Stagecraft: Landscaped Grounds oleh Hilmi Johandi

Di mana: Wessex Estate, bersebelahan Koridor Kereta Api. Masuk melalui 55A Commonwealth Drive.

Stesen MRT berdekatan: Commonwealth

Bila: Hingga 9 Mac 2025

Masuk: Percuma

Maklumat lanjut: Karya seni ini merupakan sebahagian daripada pameran ‘Singapore Deviation: Wander With Art Through The Rail Corridor’, dan disampaikan oleh The Everyday Museum, inisiatif seni awam percuma oleh Muzium Seni Singapura. 

Butiran lanjut boleh didapatkan dengan melungsuri laman web theeverydaymuseum.sg

Moonlight oleh Sookoon Ang

APABILA MALAM TIBA: Cik Sookoon Ang mendapat ilham menghasilkan karya bertajuk ‘Moonlight’ selepas meneroka persekitaran Koridor Kereta Api. Karyanya ini menyerupai sisa fosil pokok. Apabila malam menjelang, ia bagaikan hilang menjadi bayang-bayang. 
APABILA MALAM TIBA: Cik Sookoon Ang mendapat ilham menghasilkan karya bertajuk ‘Moonlight’ selepas meneroka persekitaran Koridor Kereta Api. Karyanya ini menyerupai sisa fosil pokok. Apabila malam menjelang, ia bagaikan hilang menjadi bayang-bayang.  - Foto ST

Di mana: Padang terbuka di belakang Estet Wessex di 2 Wilton Close. Masuk menerusi Koridor Kereta Api.

Stesen MRT berdekatan: Commonwealth

Bila: Hingga 9 Mac 2025

Masuk: Percuma

Maklumat lanjut: Karya seni ini merupakan sebahagian daripada pameran ‘Singapore Deviation: Wander With Art Through The Rail Corridor’, dan disampaikan oleh The Everyday Museum, inisiatif seni awam percuma oleh Muzium Seni Singapura. 

Butiran lanjut boleh didapatkan dengan melungsuri laman web theeverydaymuseum.sg

Once A Tree oleh Chong Fah Cheong

ARCA KAYU: Arca yang dihasilkan Encik Chong Fah Cheong di Taman Pasir Ris ini adalah sebahagian daripada pameran karya ahli Persatuan Arca untuk Simposium Arca Kayu.
ARCA KAYU: Arca yang dihasilkan Encik Chong Fah Cheong di Taman Pasir Ris ini adalah sebahagian daripada pameran karya ahli Persatuan Arca untuk Simposium Arca Kayu. - Foto ST

Di mana: Piai Plaza (berdekatan Carpark B), Taman Pasir Ris.

Stesen MRT berdekatan: Pasir Ris

Bila: Hingga Oktober

Masuk: Percuma

Maklumat lanjut: ‘Once A Tree’ ialah sebahagian daripada pameran arca kayu yang diadakan di tempat terbuka dan dihasilkan oleh 29 seniman.

Ia dipersembahkan oleh Persatuan Seni Ukir (Singapura) sebagai sebahagian daripada Simposium Arca Kayu 2023.

Butiran lanjut boleh didapatkan dengan melungsuri laman web sculpturesociety.org.sg/wss.

(Kiri) Dekat Di Mata, Jauh Di Hati oleh Zero (Zul Othman)

LUAR BIASA: Mural hasil karya seniman setempat, Zero (Encik Zul Othman), berjudul ‘Dekat Di Mata, Jauh Di Hati’, di 290A Joo Chiat Road.
LUAR BIASA: Mural hasil karya seniman setempat, Zero (Encik Zul Othman), berjudul ‘Dekat Di Mata, Jauh Di Hati’, di 290A Joo Chiat Road. - Foto MAKTAB SENI LASALLE

Di mana: 290A Joo Chiat Road.

Stesen MRT berdekatan: Eunos

Masuk: Percuma

Maklumat lanjut: ‘Dekat Di Mata, Jauh Di Hati’ adalah sebahagian daripada Artwalk 2023, festival seni awam pelbagai disiplin di Little India dan Katong-Joo Chiat yang berlangsung pada Januari dan dianjurkan oleh Maktab Seni Lasalle dan Lembaga Pelancongan Singapura. 

Butiran lanjut boleh didapatkan dengan melungsuri laman web artwalkfest.sg

Vertical Horizon oleh Eng Siak Loy dan Weng Ziyan

KARYA KELUARGA: Pasangan bapa dan anak, Encik Eng Siak Loy dan Encik Weng Ziyan, menghasilkan mural yang terletak di bawah laluan Jalan Anak Bukit.
KARYA KELUARGA: Pasangan bapa dan anak, Encik Eng Siak Loy dan Encik Weng Ziyan, menghasilkan mural yang terletak di bawah laluan Jalan Anak Bukit. - Foto ST

Di mana: Akses masuk dari Koridor Kereta Api (Utara) di Jalan Anak Bukit.

Stesen MRT berdekatan: Beauty World

Masuk: Percuma

Maklumat lanjut: Butiran lanjut boleh didapatkan dengan melungsuri laman web railcorridor.nparks.gov.sg/visit-rail-corridor/

Laporan berkaitan
Wadah seniSep 3, 2023 | 3:12 PM
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg